Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

SUKAN 4 PENJURU USM: KAMPUS KESIHATAN KUTIP 4 EMAS, 4 PERAK DAN 2 GANGSA

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 13 Jun 2024 - Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya merangkul empat (4) emas, empat (4) perak dan dua (2) gangsa dalam enam (6) acara yang dipertandingkan sempena Kejohanan Sukan 4 Penjuru USM yang berlangsung di Pusat Sukan USM, Pulau Pinang pada 11 Jun lalu.

IMG 20240613 WA0027

IMG 20240613 WA0023

Empat (4) pingat emas tersebut diperoleh menerusi acara ping pong perseorangan lelaki, ping pong beregu lelaki, ping pong perseorangan wanita dan bola tampar lelaki. Pingat perak pula dimenangi menerusi acara bola sepak sembilan (9) sebelah, bola jaring, bola tampar wanita dan ping pong beregu wanita manakala pingat gangsa pula dimenangi menerusi futsal dan sepak takraw.

 

IMG 20240613 WA0024

IMG 20240613 WA0025

Kejohanan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan dan Rekreasi dengan kerjasama Jabatan Pendaftar dan Kelab Sukan Staf USM melibatkan empat (4) kampus iaitu Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan Institut Perubatan Pergigian Termaju USM berjaya memupuk semangat kerjasama dan pembentukan jati diri positif dalam kalangan staf.

IMG 20240613 WA0026

Seramai 234 peserta dari keempat-empat kampus menyertai kejohanan itu yang mempertandingkan tujuh (7) acara sukan iaitu bola tampar, bola jaring, bola sepak sembilan (9) sebelah, futsal, petanque, ping pong dan sepak takraw.

Sumber Laporan & Foto: Mohd Hafezi Mat Zain

  • Created on .
  • Hits: 325