Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

TERAPI ENTEROSTOMAL OBJEKTIF METNEP PERKEMAS KEPAKARAN STOMA DAN LUKA

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 31 Oktober 2023 - Unit Terapi Enterostomal (UTE), Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Unit Pembangunan Korporat Hospital USM telah mengadakan’ Malaysian Enterostomal Therapy Nursing Education Programme’ (METNEP) selama tiga (3) bulan bermula bulan Ogos sehingga Oktober.

IMG 20231031 WA0020

Program dengan kerjasama ‘M&T Network Consultancy Services’ ini disertai oleh sembilan (9) pelajar dari pelbagai hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hospital Pengajar Universiti (HPU) dan swasta dalam dan luar negara termasuk Brunei dan Hong Kong.

IMG 20231031 WA0021

METNEP merupakan program pembelajaran khusus jangka pendek mengenai stoma, luka dan inkontinens (wound, stoma & incontinence) yang mendapat pengiktirafan ‘World Council of Enterostomal Therapist’ (WCET).

IMG 20231031 WA0022

Program ini bertujuan mengembangkan ilmu berkaitan stoma dan luka selain membina rangkaian yang lebih luas dalam aspek penjanaan kepada Hospital USM.

IMG 20231031 WA0018

IMG 20231031 WA0019

Pelbagai pengisian dijalankan sepanjang program ini berlangsung antaranya Seminar ‘Enterostomal Therapist’, penyampaian sijil dan anugerah, lawatan wakil WCET dan banyak lagi.

Sumber Laporan & Foto: Dr. Muhammad Asyraf Othman

  • Created on .
  • Hits: 321