Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

TIMBALAN NAIB CANSELOR PENYELIDIKAN DAN INOVASI USM TINJAU PRASARANA ARASC KAMPUS KESIHATAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 November 2024 - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Habibah A. Wahab bersama delegasi meninjau prasarana Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan Haiwan (ARASC), Kampus Kesihatan USM, hari ini.

IMG 20241103 WA0025

IMG 20241103 WA0026

Fokus kunjungan ialah bagi meninjau kesediaan bangunan baharu ARASC yang dijadualkan bakal mula beroperasi dalam waktu terdekat, khususnya aspek-aspek berkaitan keselamatan dan pematuhan piawaian agensi serta pihak berkuasa yang berkaitan.

IMG 20241103 WA0027

IMG 20241103 WA0028

Bangunan baharu ARASC apabila beroperasi sepenuhnya nanti bakal menjadi mercu tanda penyelidikan terkini di USM kerana turut menawarkan ruang penyelidikan 'Animal Biosafety Level 3' (ABSL 3) iaitu tahap tertinggi piawaian makmal penyelidikan berasaskan haiwan di Malaysia.

IMG 20241103 WA0029

IMG 20241103 WA0030

ARASC juga dijangka terus meneraju peranan penting sebagai hub penyelidikan di USM bagi kajian-kajian klinikal dan saintifik yang berasaskan haiwan yang akan dimanfaatkan oleh pensyarah, saintis dan mahasiswa serta tidak ketinggalan rakan strategik industri yang berkaitan.

IMG 20241103 WA0031

IMG 20241103 WA0032

Profesor Dr. Habibah turut meninjau bangunan lama ARASC dan mengadakan perbincangan bersama pengurusan Kampus Kesihatan serta wakil pihak-pihak berkepentingan bagi menyelaras permohonan penggunaan ruang yang bakal dikosongkan selepas perpindahan ARASC ke bangunan baharu.

IMG 20241103 WA0034

IMG 20241103 WA0035

Dijangkakan ruang-ruang di lokasi lama akan terus dimanfaatkan bagi tujuan yang berkaitan dengan penyelidikan.

IMG 20241103 WA0033

Turut menyertai sesi kunjungan ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail; Pengarah ARASC, Dr. Isma Suzyta Ismail; Timbalan Pendaftar, Bahagian Penyelidikan dan Inovasi, Kampus Induk USM, Shukeri A. Rahaman; Timbalan Pengarah, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF), Kampus Kesihatan USM, Engku Nazli Engku Mohd Ariffin; Penyelaras ARASC, Dr. Noziah Ghani dan Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Kampus Kesihatan USM, Muzani Omar@ Mansor.

Teks: Muhd Zulkifli Zakaria/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 238