Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

TINGKATKAN KEMAHIRAN DALAM ‘IMMUNOFLUORESCENCE’: JABATAN PATOLOGI ANJUR SEMINAR DAN BENGKEL

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 16 Oktober 2023 – Bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang ‘immunofluorescence study’ terutama dalam ‘Clinical Application of Renal Pathology and Dermatopathology’ yang akan memberi impak kepada ujian yang jitu, ketepatan diagnosis dan rawatan yang bersesuaian, Jabatan Patologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Syarikat Bita Lifescience Sdn Bhd dan USAINS Tech Services Sdn Bhd telah menganjurkan ‘Immunofluorescence Seminar and Workshop: Clinical Application For Skin and Renal Biopsy: Diagnostic and Technical Perspectives’.

IMG 20231016 WA0004

Seminar yang berlangsung selama dua (2) hari iaitu pada 8 dan 9 Oktober lalu bertujuan meningkatkan pengetahuan asas berhubung kajian ‘immunofluorescence’ di samping memberi pemahaman yang betul dalam mendiagnosis biopsi perubatan renal, biopsi kulit melalui input praktikal, teoritikal serta perbincangan kes termasuk peranan aplikasi kajian ‘immunofluorescence’.

IMG 20231016 WA0002

IMG 20231016 WA0005

Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran teknikal juruteknologi makmal perubatan dalam mengendalikan kajian serta meningkatkan pembangunan penyelidikan menggunakan kajian ‘immunofluorescence’.

IMG 20231016 WA0008

IMG 20231016 WA0003

Seminar yang disertai lebih 100 peserta ini dirasmikan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin. Turut hadir ialah Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Latihan Iktisas) PPSP, Profesor Dr. Irfan Mohamad; Ketua Jabatan, Jabatan Patologi PSPP, Dr. Faezahtul Arbaeyah Hussain dan Pengarah Program ‘Immunofluorescence Seminar and Workshop: Clinical Application For Skin and Renal Biopsy: Diagnostic and Technical Persepctives’, Profesor Madya Dr. Nur Asyilla Che Jalil.

Sumber Laporan & Foto: Profesor Madya Dr. Nur Asyilla Che Jalil

  • Created on .
  • Hits: 261