Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

'TOWN HALL' POTENSI SIRI 2 BERI PENCERAHAN KEPADA PENTADBIR KAMPUS KESIHATAN USM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 25 Mei 2023 - Sesi 'Town Hall' Program Penilaian Kompetensi Pentadbir (POTENSI) Siri Dua (2) diadakan  semalam untuk memberi pemahaman dan  menerangkan kaedah pelaksanaan program POTENSI bagi proses kenaikan pangkat staf Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) (Pentadbiran), Universiti Sains Malaysia (USM).
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.21.32
 
Pelaksanaan POTENSI akan melibatkan semua staf kumpulan P&P (Pentadbiran) merangkumi semua skim perkhidmatan bagi permohonan kemajuan kerjaya gred 48, 52 dan 54. Ia adalah sebahagian daripada proses permohonan kenaikan pangkat dan calon yang memohon perlu lulus penilaian POTENSI sebelum layak ke peringkat terakhir iaitu temuduga kenaikan pangkat.
 
WhatsApp Image 2023 08 23 at 13.21.32 1
 
Program ini diperkenalkan bertujuan untuk mengintegrasikan latihan dan pembangunan bakat dengan proses kemajuan kerjaya staf serta sebagai platform mengenalpasti 'talent pool' bagi pelan penggantian Kumpulan P&P (Pentadbiran).
 
Sesi soal jawab berkaitan POTENSI telah membuka peluang untuk staf P&P (Pentadbiran), Kampus Kesihatan USM memahami dengan lebih jelas pelaksanaan program ini.
 
Taklimat disampaikan oleh Pengarah, Pusat Transformasi Insan, Roslan Ismail dan turut hadir ialah Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, USM Kampus Induk, Mohd Azizudin Mohd Shariff.
  • Created on .
  • Hits: 118