USM CAKNA: KIT BANJIR BANTU RINGANKAN BEBAN STAF
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 30 Disember 2024 - Dalam usaha membantu staf Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini, Unit Pengurusan Bencana (UPB) Kampus Kesihatan menyampaikan sumbangan kit banjir mengandungi barangan keperluan asas kepada staf terpilih.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail kepada 26 penerima di Bilik Mesyuarat Unit Pengurusan Bencana, di sini hari ini.
Kit banjir tersebut merupakan hasil sumbangan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Hasanah, Randex, Red A Humanitarian Development Global dan UPB Kampus Kesihatan sendiri.
Turut hadir dalam sesi penyerahan tersebut ialah Timbalan Pendaftar, Pejabat Pengarah Kampus yang juga Penyelaras UPB, Amyrulhan Azhari; Penyelaras Bilik Gerakan Banjir Kampus Kesihatan USM, Dr. Shahrizal Mustafa dan Penyelia UPB, Azizah Mohd Yasin.
Teks: Rosalwani Che Soh/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman
- Created on .
- Hits: 204