Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM DAN MPKB-BRI KOMITED PERKUKUH KERJASAMA DUA HALA DEMI MANFAAT BERSAMA

KOTA BHARU, KELANTAN, 11 Julai 2023 – Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin serta delegasi melakukan kunjungan hormat kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Rosnazli Haji Amin di pejabatnya, hari ini.
 
WhatsApp Image 2023 08 21 at 16.29.24 2
 
Harmoni dalam suasana kekeluargaan, demikian gambaran pertemuan lebih sejam antara kedua-dua pihak.
 
Selain sesi perkenalan melibatkan pegawai-pegawai utama kedua-dua agensi, peluang bertemu mata ini dimanfaatkan dengan perbincangan beberapa isu yang melibatkan kepentingan semua.
 
WhatsApp Image 2023 08 21 at 16.29.24
 
Antara perkara yang dibincangkan ialah cadangan untuk susulan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menambahbaik spesifikasi keselamatan jalan raya di kawasan lampu isyarat Jalan Raja Perempuan Zainab II berhadapan Hospital USM yang dilaporkan kerap berlaku kemalangan termasuk melibatkan kemalangan maut.
 
Kedua-dua pihak juga komited untuk bekerjasama dalam pelbagai perkara yang boleh memberi impak serta faedah kepada orang ramai di daerah Kota Bharu.
 
WhatsApp Image 2023 08 21 at 16.29.24 1
 
Sebagai agensi awam, USM dan MPKB-BRI perlu kekal relevan dan menjadi nadi bagi melaksanakan usaha-usaha berterusan untuk meningkatkan keselesaan serta kesejahteraan hidup rakyat.
 
Turut menyertai kunjungan hormat itu ialah Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman; Timbalan Pengarah Keselamatan Kampus Kesihatan, Eady Othman; wakil Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Aset, Rozilah Hamzah, Pengurus Operasi Pusat Media dan Perhubungan Awam, Amyrulhan Azhari; Setiausaha Majlis MPKB-BRI, Mohd Shaifudeen Md. Salleh, Ketua Penolong Pengarah Pentadbiran, Izuddin Ab. Rashid serta pegawai-pegawai kanan MPKB- BRI.
  • Created on .
  • Hits: 196