Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM IPTA PERTAMA DI KELANTAN SERAH HARTA LUQATAH KEPADA MAIK

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 Januari 2025 – Sesuai dengan moto ‘Kami Memimpin’, Universiti Sains Malaysia (USM) membuka langkah menjadi Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pertama di Kelantan yang menyerahkan harta luqatah (harta dijumpai) kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dalam satu majlis ringkas, hari ini.

IMG 20250109 WA0015

IMG 20250109 WA0016

Harta luqatah terbabit merupakan barangan yang dijumpai sekitar tahun 2015 hingga 2022 di kawasan Kampus Kesihatan USM dan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) terdiri daripada barang kemas, gajet, wang tunai, jam tangan dan lain-lain.

IMG 20250109 WA0013

IMG 20250109 WA0014

Sesi penyerahan barangan tersebut disempurnakan oleh Pengarah Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail kepada Ketua Pegawai Baitulmal MAIK, Ridhwan Abdul Rahman.

IMG 20250109 WA0018

IMG 20250109 WA0017

Barangan yang diserahkan itu akan diuruskan oleh pihak MAIK melalui proses hebahan selama satu (1) tahun. Sekiranya telah tamat tempoh berkenaan, ianya akan dilupuskan secara lelongan dan hasil lelongan akan dimasukkan ke dalam Baitulmal.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah, Pusat Islam, Kampus Kesihatan USM, Amira Abd Satar @ Ismail; Timbalan Pengarah Keselamatan, Jabatan Keselamatan, Kampus Kesihatan USM, Eady Othman; Ketua Unit, Unit Zakat dan Kebajikan USM, Asheef Barkhia Yahya dan Penolong Penasihat Undang- Undang, Kampus Kesihatan USM, Wan Amier Firdaus Wan Mohd Azaman @ Mohd Azman.

Teks: Rosalwani Che Soh/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Created on .
  • Hits: 187