Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM KAMPUS KESIHATAN TERIMA PENGIKTIRAFAN ‘PRODUCTIVITY CHAMPION’ DARIPADA MPC

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 14 Disember 2022 - Universiti Sains Malaysia (USM) terus melakar sejarah apabila menjadi antara penerima pengiktirafan ‘Productivity Champion’ (PC) daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

SAVE 20221214 171756

SAVE 20221214 171802

‘Productivity Champion’ merupakan pengiktirafan bagi menghargai individu yang giat menjalankan inisiatif peningkatan produktiviti di organisasi sektor awam dan swasta ini telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah MPC, Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah sempena Seminar Lonjakan Produktiviti Melalui Teknologi di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Kelantan pada 6 Disember lalu.
 
SAVE 20221214 171748
 
Seramai 90 individu daripada 20 organisasi termasuk 15 orang staf USM Kampus Kesihatan telah tersenarai sebagai penerima.
Ia merupakan pengiktirafan atas kerja keras dan komitmen warga USM yang sentiasa menggalakkan amalan-amalan transformasi dan inovasi dalam organisasi dan masyarakat melalui idea baharu serta teknik produktiviti dari semasa ke semasa.
 
Berikut merupakan senarai staf USM Kampus Kesihatan yang menerima pengiktirafan PC ini:
 
1) Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim, Pensyarah/Penyelaras Pusat Transformasi OKU, USM-MAIK, Pusat Pengajian Sains Kesihatan
 
2) Profesor Madya Ts. Dr. Dasmawati Mohamad, Pensyarah Universiti, Pusat Pengajian Sains Pergigian
 
3) Dr. Nur Karyatee Kassim, Pensyarah Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian
 
4) Profesor Madya Dr. Suharni Mohamad, Pensyarah Universiti, Pusat Pengajian Sains Pergigian
 
5) Dr. Yanti Johari, Pensyarah Pergigian, Pusat Pengajian Sains Pergigian
 
6) Dr. Tuan Nadrah Naim T. Ismail @ T. Manah, Pensyarah Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian
 
7) Profesor Madya Dr. Edinur Hisham Atan, Timbalan Pengerusi Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Kubang Kerian
 
8) Dr. Ariffin Marzuki Mokhtar, Penyelaras Sistem Pengurusan Hospital USM, Hospital USM
 
9) Puan Amira Abdul Sattar @ Ismail, Pegawai Hal Ehwal Islam, Hospital USM
 
10) Puan Esharmanizawati Samsuri, Jururawat, Hospital USM
 
11) Encik Fauzi Idris, Ketua Jururawat, Hospital USM
 
12) Encik Mohd Rasul Abain, Jururawat, Hospital USM
 
13) Encik Muhammad Syazwan Ahmad Basir, Jururawat, Hospital USM
 
14) Encik Md. Fadhil Mat Amin, Ketua Jururawat, Hospital USM
 
15) Puan Sukini Yusoff, Penyelia Jururawat, Hospital USM
 
 
Sumbangan Laporan & Foto: Wan Fadhlullah Farhan Wan Fauzi
  • Created on .
  • Hits: 251