Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM LULUS PERUNTUKAN RM400,000 BAIKPULIH DEWAN PUMA

Dewan Pusat Mahasiswa (PUMA), Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan antara lokasi paling sibuk dengan aktiviti-aktiviti pelajar suatu ketika dahulu. 

Kini, hampir 4 tahun dewan ini tidak dapat digunakan dengan sepenuhnya apabila mengalami kerosakan pendingin hawa dan struktur siling. 
 
IMG 20230331 WA0000
 
Dewan PUMA dijangka kembali meriah dalam sedikit waktu lagi. Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) baru-baru ini telah meluluskan peruntukan bagi menggantikan sistem pendingin hawa serta pembaikian beberapa kerosakan lain.
 
Sekumpulan pelajar yang menyertai Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed meninjau Dewan PUMA nyata gembira dan berterima kasih kepada pengurusan universiti.
  • Created on .
  • Hits: 265