USM MEMIMPIN: MODUL ASUHAN DAN JAGAAN KANAK-KANAK OKU BUKTI PEMERKASAAN
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 Disember 2024 - Pelancaran buku Modul Asuhan dan Jagaan Kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran Generik telah meletakkan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai pimpinan utama dalam meningkatkan kualiti penjagaan dan asuhan kanak-kanak OKU di taman asuhan kanak-kanak (taska) golongan terbabit di seluruh negara.
Modul ini akan digunakan sebagai asas kepada latihan jurulatih (training of trainers - TOT) untuk disebarkan ke seluruh negara. Pusat Transformasi OKU USM – Majlis Agama Islama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (PTOKU USM-MAIK) diberi mandat untuk mengetuai program ini sekaligus membuka peluang kepada pelbagai penyelidik pada masa depan.
Majlis pelancaran buku yang dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah berlangsung di Hotel Sunway Putra di Kuala Lumpur, semalam.
Pelaksanaan modul ini juga mendapat kerjasama dan sokongan Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang turut dilantik oleh pihak JKM bagi membina Modul Asuhan kanak-kanak OKU Autism dan Kanak-Kanak OKU Sindrom Down.
Untuk rekod, USM melalui PTOKU USM-MAIK telah dianugerahkan geran berjumlah RM800,000 oleh JKM pada tahun ini bagi membina Modul Asuhan dan Jagaan Kanak-kanak OKU Pembelajaran.
Melalui projek itu, USM telah mengetuai 23 kumpulan penyelidik pakar pelbagai bidang dari UM, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS), University of Cyberjaya (UoC) termasuk agensi swasta untuk berkongsi ilmu serta pengalaman dalam usaha membantu golongan ini.
Sumber Laporan & Foto: Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim
- Created on .
- Hits: 159