Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

USM RAI SUMBANGAN 24 PASUKAN PETUGAS BARISAN HADAPAN NEGERI KELANTAN

Wakil 24 pasukan barisan hadapan terdiri daripada agensi persekutuan, negeri serta jabatan dalaman Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia yang terlibat dalam pengurusan wabak COVID-19 dirai menerusi Persembahan Malam Apresiasi 'Tribute to COVID-19 Frontliner'. 
 
SAVE 20220822 175808
 
SAVE 20220822 175853
 
Persembahan khas yang berlangsung di Dewan Utama, Kampus Kesihatan merupakan siri kedua selepas siri pertama diadakan di Kampus Induk, Pulau Pinang baru-baru ini. Peserta persembahan terdiri daripada pelajar-pelajar USM secara sukarela di bawah kelolaan Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) USM, Pejabat Naib Canselor dan Hospital USM.
 
SAVE 20220822 175842
 
SAVE 20220822 175820 
 
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dr. Azlinda Azman serta Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin turut menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil-wakil agensi dan jabatan yang terlibat sebagai tanda penghargaan atas sumbangan barisan hadapan dalam pengurusan pandemik COVID-19 sejak hampir 3 tahun yang lalu.
 SAVE 20220822 175830
 
SAVE 20220822 175905
 
SAVE 20220822 181108
 
Antara wakil yang hadir menerima sijil penghargaan ialah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), beberapa syarikat penghantaran makanan serta lain-lain.
  • Created on .
  • Hits: 143