'VACCINE DEVELOPMENT WORKSHOP SERIES' LATIH SAINTIS DALAM PEMBANGUNAN VAKSIN
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Mac 2024 – Selaras dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hub vaksin pada masa hadapan, Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif menganjurkan 'Vaccine Development Workshop Series’ selama dua (2) minggu bermula 26 Februari hingga 7 Mac di PPSK, Kampus Kesihatan USM.
Bengkel yang bertujuan memberi latihan secara 'hands-on' kepada para peserta dalam kajian pembangunan vaksin itu disertai para penyelidik bidang pembangunan vaksin dari Malaysian Genome and Vaccine Institute (MGVI), Malaysian Institute of Pharmaceuticals and Nutraceuticals (IPharm), National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) dan Institute for Medical Research (IMR).
Pada minggu pertama, para peserta didedahkan dengan teknik kajian ‘immunogenicity’ dalam manusia bertajuk ‘Advancing Human Vaccine Discovery: Comprehensive Training in Immunological Techniques’ dan minggu kedua pula mengenai teknik ‘immunogenicity’ menggunakan haiwan bertajuk ‘Unravelling Immunological Responses in Mice: Techniques in Vaccine Development’.
Selain itu, bengkel ini juga merupakan saluran perkongsian idea, kemahiran selain mewujudkan jalinan kerjasama antara para saintis di Malaysia.
Hadir merasmikan bengkel ini ialah Dekan PPSK, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak. Turut hadir ialah Pengerusi 'Vaccine Development Workshop Series’, Dr. Maryam Azlan dan Pengarah 'Vaccine Development Workshop Series’, Nur Farihin Mohamad Helmi.
Sumber Laporan & Foto: Dr. Maryam Azlan
- Created on .
- Hits: 181