BERITA UTAMA

SARINGAN RETINOPATI DIABETES: KE ARAH APLIKASI TEKNOLOGI KEPINTARAN BUATAN
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Januari 2023 - Retinopati diabetes merupakan penyakit pada organ mata khususnya pada lapisan retina yang diakibatkan oleh diabetes mellitus. Pada peringkat awal retinopati diabetes, tahap penglihatan mata adalah baik seperti sediakala. Namun begitu, penglihatan akan menjadi kabur dan akhirnya buta apabila retinopati diabetes mencapai peringkat teruk. Kebutaan yang diakibatkan oleh retinopati diabetes ini boleh...

PENYAKIT MATA JULING DI MALAYSIA : KAEDAH RAWATAN DAN CABARAN
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Januari 2023 - Strabismus atau masalah juling merupakan kedudukan posisi bola mata yang tidak memandang lurus ke hadapan. Keadaan ini dikenali sebagai juling keluar (exotropia), juling masuk (esotropia), juling atas (hypertropia) dan juling bawah (hypotropia). Menurut Pensyarah Kanan yang juga Pakar Perunding Oftalmologi dengan subkepakaran Pediatrik Oftalmologi dan Strabismus, Profesor Dr. Hajah Shatriah Ismail, masalah...

CAKNA WARGA EMAS: PROGRAM KRIS HOSPITAL USM BERI PENDEDAHAN MASALAH KESIHATAN MENTAL
TUMPAT, KELANTAN, 14 Januari 2023 – Masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat di Malaysia semakin meningkat dan ia tidak hanya melibatkan golongan muda sahaja tetapi turut dihidapi oleh golongan warga emas. Cakna akan kepentingan perkara berkenaan, Jabatan Psikiatri Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi suntikan dana Program Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) dengan kerjasama Persatuan Pesara Kerajaan...

BOTULINUM TOXIN DALAM PERSPEKTIF PERUBATAN REHABILITASI
KOTA BHARU, KELANTAN, 12 Januari 2023 – Botulinum toxin merupakan neurotoksin yang dihasilkan oleh bakteria Clostriridium Botulinum. Terdapat tujuh jenis botulinum toxin iaitu A, B, C, D, E, F dan G dan kebiasaannya yang paling banyak digunakan dalam bidang perubatan adalah jenis A. Menurut Pegawai Perubatan, Unit Perubatan Pemulihan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd Adli Jihad Mohd Bustamin,...
Koleksi Berita Utama | Arkib Berita