BERITA UTAMA

PEMINDAHAN ILMU KEPADA MASYARAKAT - PROGRAM GERIATRIK USM BANTU WARGA EMAS MENITI PROSES PENUAAN YANG SIHAT
KUALA KRAI, KELANTAN, 10 Jun 2023 - Lebih 70 orang warga emas Kampung Bahagia mendapat manfaat daripada Program Bersama Warga Emas anjuran Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), ‘Family Medicine Specialist Kelantan’, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Krai dan ‘Ethos Healthcare’. Kampung Bahagia, Kuala Krai merupakan kampung angkat Jabatan Perubatan Keluarga dan 'Family...

OSH DAY USM: PELABURAN DALAM INFRASTRUKTUR DAN MODAL INSAN MAMPU TINGKATKAN PRODUKTIVITI
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 Jun 2023 – Para pekerja merupakan aset penting kepada negara secara umumnya dan merupakan aset utama kepada keluarga secara khususnya dalam menjana ekonomi bagi meningkatkan kualiti hidup. Dalam memastikan para pekerja dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti, adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk menyediakan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Management System) dalam pelaksanaan tindakan...

SEBAR LUAS MAKLUMAT FOKUS UTAMA SAMBUTAN HARI REHABILITASI BERSAMA KOMUNITI
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 8 Jun 2023 – Bagi memperkenalkan perkhidmatan rawatan rehabilitasi kepada masyarakat, Unit Perubatan Pemulihan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Hari Rehabilitasi Bersama Komuniti 2023 bertempat di Dewan Utama, Kampus Kesihatan, hari ini. Program yang julung kali diadakan ini turut menyediakan perkhidmatan rundingan kepakaran perubatan dan rehabilitasi kepada komuniti sekitar di samping menggalakkan gaya hidup sihat....

PENANAMAN ANAK POKOK MERAWAN SIPUT JANTAN USAHA USM KEKALKAN KELESTARIAN KAMPUS
USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 Jun 2023 - Jawatankuasa Kelestarian dan Keserakanan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Sekretariat ‘Environmental Occupational Safety and Health’ (EOSH) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) menganjurkan Program Penanaman Pokok dengan slogan 'Plant Today, Build for Future' di Kampus Kesihatan, hari ini. Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum...
Koleksi Berita Utama | Arkib Berita