ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

PEMBIUSAN SEMASA PEMBEDAHAN


KOTA BHARU, 25 April 2019 – Setiap individu yang pernah menjalani pembedahan sering kali merasakan kejayaan sesuatu pembedahan adalah dengan sokongan dan kehebatan sepasukan pakar bedah.  Namun kita tidak sedar bahawa dalam kumpulan ini terdapat pakar bius atau anestesiologi yang kehadirannya sering dilupakan sedangkan peranan mereka sama penting dengan pakar bedah.

Dr Mohamad Hasyizan Hassan

Menurut pensyarah dan pakar perubatan, Jabatan Anestesiologi,  Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Mohamad Hasyizan Hassan, tanpa pakar bius, pembedahan tidak dapat dijalankan. Malah kerjasama yang wujud di antara pakar bius dan pakar bedah akan menjamin kejayaan dalam setiap prosedur pembedahan. Ini kerana dalam apa juga pembedahan sama ada kecil atau besar memerlukan pembiusan yang hanya dilakukan pakar bius berpengalaman.

“Peranan pakar bius adalah memastikan pesakit dalam keadaan sepatutnya semasa menjalani pembedahan, tidak berasa sakit dan selamat semasa mahupun selepas pembedahan. Bagi pesakit yang ingin menjalani pembedahan sudah tentu mereka tidak mahu melihat dan merasai saat tubuh dibedah atau kulit dijahit,” jelasnya dalam satu sesi temubual bersama radio tempatan, di sini.

“Ada beberapa prosedur yang perlu dilakukan sebelum pembedahan dijalankan. Sehari sebelum dibedah, pakar bius akan melawat pesakit bagi memastikan mereka berada dalam keadaan sihat,” ujarnya lagi.

“Sihat bermaksud pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi atau tekanan darah berada di dalam keadaan terkawal, seperti juga kadar gula dalam darah serta tidak mengalami kesukaran bernafas. Perjumpaan dengan pakar bius sebelum pembedahan amat penting kerana sesetengah pesakit mungkin akan mengalami alahan dengan ubat bius dan boleh membahayakan.

“Terdapat empat jenis pembiusan utama iaitu bius separuh, epidural, bius setempat dan bius penuh yang setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri, dilakukan dalam cara dan penggunaan ubat-ubatan berbeza,” katanya lagi.

“Ada beberapa komplikasi mungkin akan dirasakan oleh pesakit selepas mendapat suntikan bius sekiranya prosedur dan dos ubat tidak diberikan secara tepat. Kebanyakan komplikasi yang dialami oleh pesakit bersifat sementara atau kesan cukup lama dan antara kesannya adalah pesakit akan mengalami loya atau muntah, pening kepala, kesukaran bernafas dan penurunan tekanan darah,” ujar Hasyizan.

Tambah Hasyizan, peranan penting seorang pakar bius ialah memastikan pesakit berada dalam keadaan selamat semasa dan selepas pembedahan selesai selain berperanan di dalam bilik bedah, pemantauan dan penjagaan keselamatan pesakit selepas pembedahan di unit rawatan rapi turut menjadi tanggungjawab pakar bius. Selain itu juga, pakar bius berperanan dalam perkhidmatan rawatan kesakitan akut yang dialami selepas pembedahan sehingga 48 jam.

TEKS/FOTO : WAN SALIZAWATI WAN ISMAIL

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1482437
Hari IniHari Ini69
Minggu IniMinggu Ini183
Bulan IniBulan Ini3360

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 31 Januari 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.