ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

KENALI HIV DAN AIDS SERTA CARA JANGKITANNYA


KOTA BHARU, KELANTAN, 29 Ogos 2019 - HIV atau AIDS adalah satu penyakit berjangkit melalui darah dan mula dilaporkan pertama kali di Malaysia pada tahun 1986 sebanyak tiga kes. Angka tersebut terus meningkat pada tahun 2002 iaitu sebanyak 6,978 kes hingga menyebabkan pelbagai program dan inisiatif telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk menangani penularannya.

Pada tahun 2018, jumlahnya menurun kepada 3,293 kes. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan World Health Organisation (WHO) telah menetapkan sasaran sifar kes baharu pada tahun 2030.

habil

Menurut Ketua Jururawat merangkap Kaunselor HIV/Aids, Unit Kejururawatan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Habil Kamaruzaman, masyarakat perlu memahami perbezaan di antara HIV dan AIDS serta cara ianya berjangkit.

"Human Immunodefeficiency Virus (HIV) adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS, manakala AIDS merupakan singkatan bagi sindrom kurang daya tahan melawan penyakit dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.

"Tiga kaedah HIV boleh berjangkit iaitu ibu mengandung yang mempunyai virus HIV akan merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, hubungan seks dan melalui perkongsian jarum suntikan oleh pesakit HIV," katanya ketika ditemubual dalam rancangan 'Sembang Sihat' di Konti Radio RTM Kelantan FM.

Tambah Habil, masyarakat tidak perlu risau untuk bergaul dengan pesakit HIV. Stigma dan diskriminasi takut kepada pesakit HIV perlu dikikis daripada pemikiran kita kerana HIV tidak boleh merebak secara sentuhan biasa.

"Kita boleh bergaul dengan pesakit HIV seperti berjabat tangan, berkongsi perkakasan makanan atau minuman, berkongsi tandas, telefon awam, kolam renang dan pengangkutan awam kerana perkara tersebut tidak akan menyebabkan berlakunya penularan virus HIV kepada orang lain.

"Sehingga kini tiada lagi ubat yang mampu menyahkan virus HIV daripada badan manusia, namun pihak kerajaan telah mengadakan program pemulihan melalui terapi 'Highly Active Anti-Retroviral Therapy' (HAART) dan ianya adalah percuma serta pesakit perlu mengambil ubat anti viral ini setiap hari pada waktu yang sama tanpa gagal, sepanjang hayat mereka," ujarnya.

Jelas Habil lagi, sesiapa sahaja yang berisiko mendapat atau menghidap HIV boleh mendapatkan khidmat kaunselor di semua hospital kerajaan termasuk Hospital USM atau di klinik-klinik kesihatan kerana di Kelantan sahaja terdapat seramai 45 orang kaunselor yang dilantik untuk membantu pesakit-pesakit HIV.

Habil turut menyarankan kepada masyarakat agar tidak menjauhi atau mendiskriminasi pesakit-pesakit HIV yang ada dalam kalangan mereka malah mereka perlu disantuni secara baik.

Teks/Foto: Mohd Hafiz Ya'acob

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1515980
Hari IniHari Ini151
Minggu IniMinggu Ini1730
Bulan IniBulan Ini532

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 01 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.