ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

UJIAN DNA BUKTIKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN


KOTA BHARU, KELANTAN, 28 Oktober 2019 – DNA (Deoxyribonucleic) merupakan molekul asas kepada kehidupan dan terkandung di dalam semua sel yang mengandungi nukleus kecuali sel darah merah.

DNA mengkodkan maklumat genetik untuk setiap manusia, seorang anak akan mewarisi 50 peratus daripada DNA ibu dan 50 peratus DNA bapa manakala setiap individu mempunyai profil (corak) DNA yang berbeza, kecuali kembar seiras.

DrZafarinaZainuddin

Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Biokimia Analisis (ABrC), Kampus Induk, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Zafarina Zainuddin, hubungan biologi di antara anak dengan ibu bapa kandung dapat ditentukan secara tepat  menggunakan kaedah DNA.

“Ketepatan ujian DNA bagi penentuan hubungan antara anak dengan ibu bapa kandung adalah 99.99 peratus adalah betul dan ujian DNA paterniti/materniti juga boleh digunakan untuk pengecualian daripada dikaitkan secara biologi dengan anak tersebut.

“Bagi tujuan ujian DNA, sampel – sampel seperti darah, air liur, rambut serta tulang boleh digunakan bagi mengenalpasti DNA seseorang. Walau bagaimanapun, sampel darah adalah lebih sesuai kerana kaedah pengambilannya yang mudah dan kandungan DNA yang konsisten dalam setiap titis darah, berbanding sampel-sampel lain,” ujarnya semasa ditemubual dalam Rancangan Sembang Sihat Di Radio Kelantan FM.

DrZafarinaZainuddin1

Tambah Zafarina, USM turut menawarkan ujian DNA ini kepada paterniti/materniti melalui Klinik Eksekutif USAINS dengan harga yang berpatutan dan ujian tersebut akan dijalankan di makmal Human Identification/DNA unit yang telah mendapat pensijilan MS ISO/IEC 17025 daripada Jabatan Standard Malaysia.

“Ujian bagi menentukan DNA anak dan bapa boleh dilakukan tanpa mengambil  sampel sebelah ibu, memadai hanya sampel bapa sahaja dan sekiranya bapa sudah meninggal dunia atau bapa tidak dapat dikesan, sampel waris sebelah bapa seperti datuk atau bapa saudara boleh digunapakai.

“Manakala sampel DNA untuk mengenal pasti bayi biasanya boleh dilakukan sejak dalam kandungan lagi, namun prosesnya lebih mudah jika dilakukan selepas kelahiran hanya dengan mengambil sampel darah di tumit kaki bayi,” ujarnya lagi.

Zafarina berkata, kebiasaannya sampel –sampel yang diambil bagi ujian DNA adalah untuk mengenal pasti salasilah keturunan untuk tujuan pembahagian harta pusaka terutama kepada yang berkahwin ramai dan terputus hubungan.

“Ujian DNA adalah cara terbaik pada masa kini untuk menentukan keturunan dan hasil ujiannya boleh memberi kepastian yang dikehendaki oleh setiap keluarga,” jelasnya.

Teks / Foto :  Abdul Aziz Latif

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1483437
Hari IniHari Ini87
Minggu IniMinggu Ini435
Bulan IniBulan Ini958

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 09 Februari 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.