ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

PENYUSUAN SEMASA BENCANA KEPERLUAN YANG TIDAK HARUS DIKETEPIKAN


KOTA BHARU, KELANTAN, 2 Disember 2019 – Awal Disember 2019, pantai timur khususnya negeri Kelantan mula menerima taburan hujan yang tinggi, mengakibatkan banjir melanda di beberapa kawasan dan antara mangsa yang terlibat serta terjejas adalah ibu dan bayi. Emosi ibu akan tertekan akibat kesulitan yang dihadapi dan ini boleh memberi kesan terhadap penyusuan susu ibu sementara bayi dan kanak-kanak kecil amat terdedah kepada jangkitan kuman terutamanya jika mereka diberikan susu formula tanpa menggunakan air dan peralatan yang bersih.

Nazirahjohar

Semasa ditemubual dalam Slot ‘Sembang Sihat’ di Kelantan FM hari ini, Kaunselor Penyusuan dan Pengajar Program Diploma Kejururawatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Nazirah Johar berkata, bayi yang berumur enam bulan ke bawah memerlukan susu ibu walaupun dalam situasi berhadapan dengan bencana kerana ini dapat menyelamatkan nyawa bayi.

“Kita faham situasi yang serba kekurangan di pusat pemindahan berbanding rumah sendiri, namun itu bukan alasan untuk tidak meneruskan penyusuan kerana dengan terus memberikan susu ibu, ia boleh menyelamatkan nyawa bayi.

"Pemberian susu formula secara terbuka kepada bayi perlu dihentikan kerana penyediaan susu formula tanpa air yang bersih, persekitaran serta peralatan yang digunakan tidak dapat dipastikan tahap kebersihan dan bebas dari kuman amat membahayakan", ujarnya.

Tambah Nazirah, sekiranya ada kes-kes tertentu yang memerlukan susu formula diberikan, ianya perlu dikawal dan disertakan dengan peralatan yang mencukupi serta air yang bersih dan dimasak bagi mengelakkan bayi dan kanak-kanak mengalami cirit-birit serta dehidrasi yang boleh mengancam nyawa mereka.

"Sekretariat Laktasi, Hospital USM telah menubuhkan Persatuan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu yang aktif dengan aktiviti kesukarelawanan khususnya membantu ibu-ibu, bayi dan kanak-kanak yang terlibat dengan bencana banjir di negeri Kelantan sejak tahun 2014.

“Kami telah mencipta kit untuk ibu menyusu yang mengandungi kain sarung, makanan tinggi tenaga, makanan penggalak susu seperti kurma dan air minuman bagi membantu ibu-ibu mendapatkan tenaga untuk terus menyusukan bayi mereka", jelasnya lagi.

Menurut Nazirah, persatuan itu sentiasa memberi sokongan dan keyakinan kepada ibu untuk meneruskan penyusuan walau dalam keadaan yang serba kekurangan di pusat pemindahan dan mengharapkan agar pusat pemindahan sementara menyediakan tempat yang tertutup khususnya buat ibu-ibu menyusu.

Beliau juga turut mengalu-alukan mana-mana individu atau organisasi yang berminat untuk memberi sumbangan bolehlah menyalurkan sumbangan tersebut kepada Sekretariat Laktasi, Hospital USM.

Teks/Foto:  Lailatul Hafiza Abdul Rashid/Anawiah Abdul Aziz

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1518922
Hari IniHari Ini252
Minggu IniMinggu Ini2032
Bulan IniBulan Ini3474

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 09 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.