ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

CEGAH PELAT DI AWAL USIA, ELAK SEBUT PERKATAAN YANG SUKAR DIFAHAMI ORANG LAIN


USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 21 Mac 2021 – Pelat pertuturan biasanya terjadi pada kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk menyebut sesuatu huruf atau fonem dan boleh mengakibatkan pertuturan yang tidak jelas serta tidak difahami oleh orang lain.

Patologis Pertuturan – Bahasa, Klinik Pertuturan, Unit Audiologi dan Patologi Pertuturan, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Izzat Ismail berkata, kebanyakan kes yang diterima di Klinik Pertuturan terdiri daripada golongan kanak – kanak dan jarang kes pelat ini berlaku dalam kalangan dewasa.

131e245b 41be 47eb 8d19 847ad80ff12f

"Selalunya masalah pelat yang dapat dikenalpasti dalam golongan dewasa adalah bunyi huruf ‘r’ menjadi ‘gh’ dan juga huruf ‘s’.

“Individu yang berisiko mengalami masalah pelat adalah kanak – kanak yang mempunyai masalah kelewatan bahasa kerana proses perkembangan bahasa dan pertuturan terganggu disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti Autisme, Sindrome Down, sumbing dan kanak – kanak yang mempunyai masalah pendengaran," katanya ketika menjadi tetamu Rancangan Sembang Sihat, Radio Kelantan FM, di sini.

Tambah Izzat, ada segelintir masalah pelat berlaku disebabkan mempunyai lidah pendek (Tongue-Tie) dan kanak-kanak yang mengalami masalah ini perlu mendapatkan rawatan pakar untuk menjalani sedikit prosedur supaya lidahnya boleh berfungsi untuk menghasilkan bunyi pertuturan yang sepatutnya.

6183fbdc 8896 42d5 b4ee 7054cb3ee237

Menurut beliau, kesan paling besar yang sering dialami oleh individu yang mengalami masalah pelat adalah kejelasan pertuturan dan ia boleh menyebabkan penyampaian maklumat melalui pertuturan itu tidak sampai atau hanya beberapa patah perkataan sahaja yang boleh difahami dalam sesuatu ayat yang disuarakan.

“Akibat dari masalah ini, penutur tersebut akan mengalami tekanan emosi kerana maklumat yang cuba disampaikan itu tidak difahami oleh orang lain dan antara kesan pelat lain yang sering terjadi ialah gangguan kepada kepada perkembangan pertuturan seseorang kanak – kanak yang boleh menyebabkan kelewatan pertuturan berbanding kanak – kanak lain.

“Bagi mengatasi masalah pelat ini, rehabilitasi pertuturan perlu dilakukan di Klinik Pertuturan berdasarkan umur pesakit, jenis dan tahap masalah tersebut selain sejarah kesihatan seseorang pesakit itu,” ujarnya lagi.

Izzat berkata, Klinik Pertuturan biasanya akan menggunakan teknik – teknik terapi kepada pesakit supaya dapat menyebut perkataan yang spesifik.

"Patologis Pertuturan juga akan memberikan kaunseling kepada ibu bapa supaya mereka dapat mempraktikkannya ketika di rumah.

"Bukan semua pelat itu biasa, ada juga juga yang luar biasa dan boleh menyebabkan kecederaan pertuturan dan bahasa," jelasnya.

Izzat turut menasihatkan ibu bapa agar sentiasa cakna dalam perkara ini dan segera mendapatkan rawatan bagi mengelakkan kesukaran lebih teruk pada masa akan datang. 

Teks & Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1515949
Hari IniHari Ini120
Minggu IniMinggu Ini1699
Bulan IniBulan Ini501

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 01 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.