ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

SENAMAN PENTING UNTUK BANTU SISTEM PERTAHANAN BADAN


KUBANG KERIAN, KELANTAN, 27 Jun 2021 – Sistem pertahanan badan atau sistem imun adalah sangat penting kerana ia berfungsi untuk menghalang kemasukan mikroorganisma atau patogen ke dalam badan bagi mengelak jangkitan serta melawan atau membunuh mikroorganisma yang berjaya masuk ke dalam badan manusia.

Sistem pertahanan badan yang lemah akan menyebabkan badan mudah dijangkiti penyakit dan susah untuk sembuh daripada sesuatu penyakit.

SAVE 20210627 194313

Menurut Pensyarah yang juga Penyelaras Pascasiswazah Program Sains Senaman dan Sukan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Ayu Suzailiana Muhamad, kajian menunjukkan bahawa senaman dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan meningkatkan tahap kesihatan manusia.

“Terdapat beberapa jenis senaman yang sesuai dilakukan untuk meningkatkan sistem pertahanan badan. Bagi mereka yang ingin bersenam untuk meningkatkan sistem pertahan badan terutamanya bagi individu yang sedentari, terdapat beberapa garis panduan perlu diikuti atau dipatuhi bagi memastikan keselamatan diri dan keberkesanan senaman tersebut.

“Aktiviti fizikal merujuk kepada apa jua pergerakan anggota badan yang menyebabkan penggunaan tenaga contohnya, memasak, membuat kerja rumah, menyapu, berkebun, menaiki tangga, bermain badminton, mengangkat barang dan sebagainya,” ujarnya ketika ditemubual dalam rancangan kesihatan di Radio Kelantan FM.

Tambah Ayu Suzailiana, di bawah aktiviti fizikal ini, ada yang dinamakan sebagai senaman dan ada yang dinamakan sebagai sukan.

“Senaman merujuk kepada pergerakan badan yang dilakukan berulang kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan komponen kecergasan terutamanya kecergasan fizikal dan contoh senaman ialah seperti joging, berlari, berbasikal, senamrobik dan sebagainya.

“Sukan pula merupakan aktiviti yang juga melibatkan pergerakan fizikal tetapi memerlukan kemahiran di mana seseorang atau kumpulan itu bertanding dengan pihak lawan sama ada secara suka-suka atau untuk pertandingan mengikut peraturan yang telah ditetapkan,” jelasnya lagi.

Ayu Suzailiana berkata, aktiviti senaman dapat mempengaruhi sistem pertahanan badan kerana senaman dapat meningkatkan ‘immune surveillance’, di mana sistem pertahanan badan akan menjadi lebih cekap atau bersedia berhadapan dengan mikroorganisma yang masuk ke dalam badan untuk melawan jangkitan.

“Saya gunakan analogi yang mudah untuk difahami iaitu sistem ketahanan badan ini seperti askar dalam badan manusia yang bertugas untuk menghalang atau melawan jangkitan manakala senaman pula ibarat latihan bagi askar-askar ini. Setiap kali kita bersenam, tindak balas imun seperti peningkatan sel-sel imun, ‘cytokine’ dan sebagainya akan berlaku.

“Oleh itu, apabila badan terdedah kepada makroorganisma, askar-askar yang sudah terlatih ini akan menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi lebih cekap untuk menghalang atau melawan jangkitan dengan lebih berkesan,” ujarnya.

Menurut beliau, terdapat banyak jenis senaman yang boleh dilakukan untuk meningkatkan sistem pertahanan badan dengan memilih aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan diri sendiri.

“Mengikut kajian, senaman yang berintensiti sederhana boleh meningkatkan sistem pertahanan badan sekaligus mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit dan sebaliknya jika kita melakukan senaman yang berintensiti tinggi secara tempoh yang lama, ia boleh melemahkan sistem pertahanan badan kita serta lebih mudah untuk mendapat penyakit.

“Secara umumnya, senaman yang berintensiti sederhana ini menyebabkan degup jantung dalam lingkungan 55% hingga 75% daripada degup jantung maksimum. Secara mudahnya, senaman berintensiti sederhana adalah senaman yang menyebabkan jantung berdegup laju daripada biasa, terasa mengah, namun masih lagi boleh berbual. Contohnya, joging, berenang, bermain badminton, senamrobik, zumba dan menari mengikut rentak muzik yang tidak terlalu rancak serta banyak lagi,” katanya.

Ayu Suzailiana turut menasihatkan orang ramai agar memilih senaman yang bersesuaian supaya tidak menyebabkan kesakitan kepada badan dan teruskan istiqamah dengan menjadikan senaman sebagai salah satu aktiviti harian untuk mengekalkan kesihatan sepanjang masa.

Teks: Wan Salizawati Wan Ismail & Nik Sheila Erini Che Mat Kamel

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1515986
Hari IniHari Ini157
Minggu IniMinggu Ini1736
Bulan IniBulan Ini538

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 01 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.