ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

KESEJAHTERAAN KELUARGA DI MUSIM PANDEMIK


USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 5 Ogos 2021 – Tidak dapat disangkal lagi, setelah setahun setengah berdepan dengan wabak COVID-19, hampir setiap daripada kita tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga emas terkesan dengan penularan pandemik yang seakan tiada tanda akan berakhir.

Bukan sahaja dari aspek kesihatan diri secara fizikal namun spiritual, emosi dan kesihatan mental sebahagian daripada rakyat Malaysia turut menerima kesan tidak sihat ekoran pelbagai masalah khususnya kehilangan punca pendapatan.

Saban hari pelbagai berita yang terpapar di dada akhbar, media sosial berkaitan keluarga yang hilang sumber pendapatan, anak kecil kelaparan,  anak-anak yang terjejas dan ada juga yang tercicir dalam pelajaran akibat ketidakmampuan mengikut pembelajaran secara dalam talian. Hal ini nyata mengundang pelbagai kemudaratan dan berkemungkinan mengakibatkan kesejahteraan serta keharmonian kekeluargaan sebelum ini hilang disebalik penularan COVID-19 yang tidak mengenal mangsa.

SAVE 20210805 223531

Menurut Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail, mereka yang terkesan pada musim pandemik COVID-19 perlu muhasabah diri selain menggunakan ruang dan peluang untuk memperbaiki keadaan kehidupan mereka.

“Contoh yang boleh dikongsikan ialah seperti kisah juruterbang yang diberhentikan kerja telah menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk menjalankan perniagaan menjual makanan bagi kelangsungan hidup seterusnya mengatasi masalah yang timbul.

“Jadikan dugaan hidup ini sebagai hikmah supaya kita sentiasa berfikiran positif selain cuba dapatkan bantuan daripada pelbagai pihak sekiranya kita tidak mampu mengharungi saat-saat sukar ketika ini.

"Bukan sahaja bantuan barangan makanan dan sebagainya tetapi bantuan psikososial dan kaunseling juga amat penting pada saat ini, "katanya ketika ditemubual dalam perbualan telefon menerusi Rancangan Sembang Sihat,  Kelantan FM, di sini.

Tambah Shaiful, ibu bapa yang meninggalkan anak-anak di rumah disebabkan perlu keluar bekerja hendaklah memastikan keselamatan anak-anak terjamin.

“Anak-anak yang ditinggalkan di rumah perlu berada dalam keadaan baik dan selesa setiap masa. Sebaiknya perlu ada penjaga sama ada pengasuh, abang atau kakak yang boleh diharapkan untuk menjaga adik-adik mereka.

“Selain itu, bekalkan maklumat seperti nombor telefon untuk dihubungi sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini dan juga mengajar cara selamat penggunaan peralatan tertentu di rumah agar tidak berlaku insiden yang buruk,” ujar beliau.

Jelas Shaiful, ibu bapa juga perlu membuat pemantauan tehadap pembelajaran secara dalam talian (online) anak-anak yang menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PDPR) di rumah.

“Selain bertanggungjawab membekalkan gajet dan kemudahan internet kepada anak-anak, pengawasan terhadap apa yang anak-anak buat, lihat, layari pada setiap masa perlu dipantau bagi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini.

“Pelajar yang mengikuti PDPR perlu menggunakan peluang belajar ini sebaik mungkin dan sentiasa berinteraksi dengan guru, bertanyakan soalan yang tidak difahami menerusi ruangan chat atau video supaya tidak ketinggalan dalam setiap matapelajaran,” ujarnya lagi.

Shaiful berkata, ibu bapa juga perlu sentiasa aktif dalam merancang aktiviti sihat yang menyeronokkan dan bermanfaat bersama anak-anak semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

“Musim PKP, sudah tentu aktiviti anak-anak terbatas, oleh yang demikian ibu bapa perlu bersikap aktif terutama dari segi fizikal dan mental. Lakukan setiap aktiviti secara berjemaah bersama keluarga seperti memasak, makan, solat, berkebun bersama atau apa sahaja aktiviti yang boleh menghilangkan rasa bosan mereka.

“Yang paling penting ialah aktiviti sebegini akhirnya akan memberi manfaat yang baik terutama dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan selain kekal sihat,” katanya.

Shaiful turut menasihatkan orang ramai agar kenali kelebihan dan kekurangan diri, gunakan kelebihan yang ada untuk bangkit kembali kerana banyak pekerjaan yang wujud kini adalah hasil daripada kreativiti individu yang ingin berjaya.

Teks: Mohd Hafiz Ya’acob & Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1483434
Hari IniHari Ini84
Minggu IniMinggu Ini432
Bulan IniBulan Ini955

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 09 Februari 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.