ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

KANSER: KESAN AWAL UNTUK SELAMATKAN NYAWA


KOTA BHARU, KELANTAN, 10 Disember 2021 – Wanita atau lelaki, tua atau muda bukan menjadi ukuran untuk tidak terkena penyakit yang digeruni iaitu penyakit kanser.

Bagi wanita, kanser yang paling utama menyerang kaum ini sama ada di Malaysia atau di dunia adalah kanser payudara  diikuti oleh kanser pangkal rahim atau serviks dan seterusnya kanser rahim.

Jika diperhatikan ketiga-tiga kanser ini berbeza daripada punca, tanda-tanda, cara pengesanan serta rawatannya. Malah ada di antara kanser ini mampu dicegah dan ada yang tidak boleh dicegah, namun pengesanan awal adalah langkah terbaik dan mampu menyelamatkan nyawa.

2981b0b9 84f2 4803 b14d e03cd5a30850

Penyelaras Onkologi Klinikal, Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi dan Onkologi, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Wan Mohd Nazri Wan Zainon berkata, tiada punca utama yang menjadi penyebab kanser payudara, namun begitu ia berkait dengan faktor genetik selain faktor risiko seperti kurang sihat, pengambilan hormon tambahan dan peningkatan usia.

“Antara tanda-tanda kanser payudara adalah berlaku perubahan pada payudara, terdapat ketulan, bentuk yang berlainan dan keluar cecair atau nanah dari puting.

"Jangan berlengah jika ada tanda sebegini, buat pemeriksaan segera di hospital atau klinik berhampiran.

“Satu cara melawan kanser payudara ialah bersikap lebih cakna dan sentiasa peka untuk melakukan pengesanan terhadap kelainan yang berlaku pada badan seterusnya mendapatkan rawatan awal,” katanya ketika ditemubual dalam rancangan Sembang Sihat, Kelantan FM.

Menurut Wan Mohd Nazri, kanser pangkal rahim pula berpunca daripada jangkitan virus 'Human Papillomavirus' (HPV) yang menyebabkan berlakunya kerosakan sel pada pangkal rahim selain faktor  seperti suka bertukar-tukar pasangan, mempunyai anak yang ramai dan berkahwin di awal usia.

“Tanda-tandanya adalah seperti berlaku pendarahan ketika bersama suami, keluar cecair keputihan atau sebagainya dan sakit di bahagian bawah perut yang mana keadaan sedemikian tidak pernah dialami sebelumnya.

“Namun, kanser ini boleh dicegah melalui imunisasi ke atas HPV virus dan Program Imunisasi Kebangsaan telah memberi peluang kepada remaja di usia 13 tahun untuk mendapatkan imunisasi awal ke atas virus ini,” ujarnya.

Tambah Wan Mohd Nazri, kanser rahim pula merupakan kanser yang berpunca daripada faktor genetik dan hormon dalam badan serta ia seakan hampir dengan faktor kanser payudara yang disebabkan sel yang sama iaitu ‘Adenokarsinoma’.

"Tanda-tandanya pula adalah seperti pendarahan masih berlaku walaupun selepas menopaus, mereka yang mengalami pendarahan yang banyak sama ada ketika ‘period’ atau selepasnya dan sakit di bahagian bawah perut," jelasnya lagi.

Wan Mohd Nazri turut menjelaskan bahawa pemeriksaan sendiri amat penting untuk memastikan jika berlaku perubahan pada payudara.

“Bagi kanser payudara, pesakit perlu menjalani ujian ‘Mamogram’ atau ‘Ultrasound’ dan jika perlu sampel tisu akan diambil untuk ‘Biopsi’ bagi memastikan ia adalah sel kanser atau sebaliknya.

"Jika disahkan positif kanser, imbasan  akan dibuat di sekitar bahagian tersebut untuk memastikan sejauh mana ketumbuhan sel kanser merebak," ujarnya.

Wan Mohd Nazri berkata, bagi kanser pangkal rahim pula, pengesanan awal boleh dilakukan melalui ujian ‘Pap Smear’ iaitu dengan mengambil sampel pada pangkal rahim.

"Sekiranya hasil ujian didapati sel tersebut adalah abnormal, maka pesakit perlu menjalani ujian lanjutan iaitu ‘Colposcopy’.

“Pengesanan kanser rahim pula dilakukan melalui ujian ‘Ultrasound’ dan ‘Biopsi’. Apabila hasilnya didapati positif kanser, pesakit perlu menjalani imbasan selanjutnya bagi mengetahui sejauh mana kawasan perebakan kanser dan tahap kanser,” katanya.

Beliau turut menjelaskan beberapa kaedah rawatan penyakit kanser iaitu melalui pembedahan membuang bahagian kanser,  rawatan radioterapi secara berkala untuk membunuh sel-sel kanser, kimoterapi iaitu pengambilan ubat kanser, rawatan hormon dan yang terkini melalui kaedah imunoterapi dengan cara pengambilan ubat.

Wan Mohd Nazri turut menasihati masyarakat agar mendapatkan maklumat yang betul, bersikap lebih cakna terhadap tubuh badan mereka dan segera mendapat nasihat awal dari Pegawai Perubatan sekiranya mempunyai gejala atau tanda-tanda yang membimbangkan.

Teks: Mohd Hafiz Ya’acob / Reka Grafik: Mohd Asrar Mohd Rokeman

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1518932
Hari IniHari Ini262
Minggu IniMinggu Ini2042
Bulan IniBulan Ini3484

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 09 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.