ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

GEJALA INKONTINEN URINARI : PEMUSNAH KEHIDUPAN


KOTA BHARU, KELANTAN, 16 Julai 2017 – Kegagalan kawalan pundi kencing ialah satu keadaan di mana kehilangan kawalan membuang air kecil (inkontinen urin) atau dipanggil ‘beser’ dalam sesetengah masyarakat di Kelantan.

Sebanyak 30 peratus wanita di Malaysia mengalami masalah ini sehingga menyebabkan mereka berasa malu, rendah diri, bahkan sugul dan murung. Malah, gejala ini boleh menjejaskan kebahagiaan rumah tangga, imej dan kendiri seseorang.

Pakar Bedah Urologi, Unit Urologi Jabatan Surgeri, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dato’ Dr. Azhar Amir Hamzah berkata, antara penyebab inkontinensia urin ialah sembelit, infeksi pada saluran pundi kencing, minuman berkarbonat, minuman mengandungi kafein, buah dan jus jeruk, pemanis buatan serta kopi dan teh tanpa kafein.

beser

“Dalam jangka masa panjang, pesakit yang menghidap inkontinensia urin akan mengalami lemah otot di bahagian pinggul ataupun di bahagian dasar pinggul dan ini hal berisiko kepada wanita yang kerap melahirkan anak, menghidap angin ahmar, kencing manis kronik, penyakit parkinson dan penyakit yang berkaitan dengan saraf,” katanya dalam sesi wawancara program Doktor Di Radio Kelantan FM.

Tambah Azhar, terdapat tiga jenis inkontinen iaitu inkontinen stress (semasa batuk dan meneran), inkontinen terdesak (Urge incontinence) dan inkontinen melimpah (retention and overflow).

“Inkontinen stress biasanya berlaku disebabkan oleh otot lantai pelvis (pinggul) yang lemah selepas kelahiran atau putus haid (pengurangan paras hormon) dan ia juga boleh berlaku dalam kalangan lelaki selepas pembedahan kelenjar prostat.

“Inkontinen terdesak pula berlaku disebabkan oleh otot pundi kencing yang tidak stabil sehingga menyebabkan pundi kencing mengecut di luar kawalan dan mengakibatkan tekanan di dalam pundi kencing berlebihan serta air kencing terkeluar manakala inkontinen melimpah berlaku akibat kesukaran mengosongkan pundi kencing secukupnya disebabkan oleh halangan aliran keluar air kencing, diabetes atau kecederaan ke atas saraf pundi kencing,” ujarnya lagi.

beser2

Terdapat beberapa golongan yang cenderung mendapat penyakit ini antaranya adalah golongan yang suka merokok terutama lelaki kerana rokok mempunyai nikotin yang boleh menyebabkan dinding pundi kencing menjadi terlalu aktif dan lama-kelamaan boleh melemahkan dinding di samping mengakibatkan kanser pundi kencing.

“Hospital USM memiliki mesin ‘Urodynamic Study’ iaitu alat pengesanan termoden untuk membuat pengesanan penyakit ini yang berpunca daripada pundi kencing, saraf, otot dan sebagainya.

“Terdapat dua pilihan rawatan di Hospital USM iaitu ubat-ubatan atau melalui pembedahan malah melalui suntikan botox juga dapat merawat masalah ini kerana botox bertindak menstabilkan pundi kencing,” jelasnya lagi.

Azhar turut menasihati orang ramai agar tampil membuat pemeriksaan lanjut di mana-mana hospital kerana penyakit ini mampu dicegah sekiranya mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Teks / Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1519577
Hari IniHari Ini379
Minggu IniMinggu Ini2687
Bulan IniBulan Ini4129

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 10 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.