ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

KANSER PAYUDARA, PEMBUNUH UTAMA DI MALAYSIA


KOTA BHARU, KELANTAN, 29 Jun 2017 - Kanser payudara merupakan kanser yang paling kerap menyerang penduduk Malaysia sama ada lelaki mahupun wanita. Kajian mendapati kanser ini berada di tempat teratas yang mana hampir tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kanser  ‘colorectal’ yang berada di tempat kedua.

Pakar Bedah Endokrin dan Payudara, Jabatan Surgeri Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Maya Mazuwin Yahya berkata, pelbagai faktor yang mendorong kepada terjadinya kanser payudara seperti keturunan, terdedah kepada hormon estrogen, melahirkan anak pertama pada usia melebihi 30-an, tidak menyusu dan gaya hidup yang tidak sihat.

“Hanya lima hingga10 peratus sahaja kanser payudara terjadi berpunca daripada keturunan, tetapi sekiranya pesakit mempunyai ‘first degree relative’ iaitu saudara terdekat seperti ibu, kakak atau nenek yang mempunyai kanser payudara, risikonya juga akan menjadi tinggi. Namun, bagi hubungan keluarga sebelah bapa pula, risikonya kurang berbanding di sebelah ibu.

“Secara umumnya, cara rawatan bagi kanser payudara adalah melalui pembedahan, pesakit akan diberi dua pilihan pembedahan iaitu pembedahan membuang ketulan sahaja bagi ketulan yang kurang daripada empat sentimeter atau pembedahan noda limfa di bawah ketiak selain ‘mastectomy’ iaitu membuang kesemua payudara,” katanya ketika berkongsi informasi tentang “Kesedaran dan Pengesanan Awal Kanser Payudara” dalam rancangan doktor di radio.

Menurut Maya, Pusat Pengajian Sains Perubatan USM dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) ada menyediakan khidmat bina semula payudara baharu yang akan disambung pembedahannya oleh Unit Pembedahan Plastik di mana kulit dan lemak akan diambil dari perut atau bahagian belakang pesakit untuk membinanya.

”Kebanyakan pesakit tidak menyedari bahawa mereka penghidap kanser payudara dan lewat merujuk ke hospital dan sanggup menanggung kesakitan bersendirian akibat perasaan takut yang tinggi dalam diri mereka.

“Akibat kurangnya tahap kesedaran ini, pesakit tidak dapat menerima rawatan yang selanjutnya selain pesakit juga gagal membuat keputusan dengan segera untuk melakukan pembedahan kerana kepercayaan mereka terhadap terapi alternatif", katanya lagi.

Teks: Siti Aisyah Shasuddin (Pelajar Praktikal UIAM Gombak) / Foto: Abdul Aziz Latif

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1482438
Hari IniHari Ini70
Minggu IniMinggu Ini184
Bulan IniBulan Ini3361

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 31 Januari 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.