ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

KENALI TAHAP LUKA TERBAKAR


KOTA BHARU, KELANTAN, 24 Ogos 2017 – Luka terbakar adalah kecederaan terhadap kulit mahupun tisu organic yang diakibatkan oleh haba, geseran, kontak, bahan kimia, renjatan elektrik dan radiasi.

Luka terbakar umumnya berlaku pada kulit yang mempunyai peranan penting dalam keseimbangan suhu badan yang mengekalkan cecair badan dan juga pertahanan tubuh dari jangkitan.

DrSitiFatimah

Menurut Pensyarah Perubatan Unit Sains Rekonstruktif Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Siti Fatimah Noor Mat Johar, luka terbakar adalah kerosakan kulit yang sering berlaku disebabkan oleh haba yang sangat menyakitkan dan boleh mengakibatkan gejala-gejala seperti kemerahan kulit, kulit menggelupas, melecur, kulit kering, bengkak dan mungkin boleh mengganggu pergerakan tulang serta sendi,

“Luka terbakar boleh menyebabkan parut dan juga keloid iaitu pertumbuhan tisu parut yang berlebihan di atas kulit dan luka ringan biasanya akan meninggalkan sedikit parut.

“Komplikasi luka terbakar boleh dibahagikan mengikut tahap tertentu dan boleh diukur mengikut keterukan kecederaan yang dialami serta ketebalan lapisan kulit yang mengalami kecederaan,” katanya dalam temubual bersama stesyen radio tempatan di sini.

Tambah Siti Fatimah, luka terbakar terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap pertama melibatkan lapisan pertama kulit dimana kecederaan itu kelihatan kering, merah dan akan mengalami pembengkakan serta keadaan ini akan disertai dengan rasa sakit dan sangat sensitif terhadap sentuhan.

“Pesakit yang luka terbakar tahap dua adalah lebih serius kerana ia menembusi lapisan kedua kulit dimana kecederaan itu kelihatan merah, menggelembung dan melecur serta keadaan terbakar itu juga boleh menyebabkan permukaan yang tercedera itu kelihatan lembik dan berair.

“Luka terbakar tahap ketiga pula merupakan keadaan yang paling serius dan lazimnya ia akan menunjukan bahawa kederaan itu telah menembusi keseluruhan lapisan kulit serta ia melibatkan lapisan tisu organ dibawah kulit yang terlibat,” ujarnya lagi.

Siti Fatimah berkata, kecederaan tahap tiga akan membengkak dan kesakitan adalah kurang berbanding dengan luka terbakar tahap pertama dan kedua kerana hujung saraf pada kulit yang terlibat telah menjadi rosak akibat luka tebakar itu.

“Mengikut data Hospital USM, didapati pesakit kanak-kanak paling ramai mengalami luka lecuran akibat daripada terkena air dan minyak panas disebabkan sifat ingin tahu dan tidak mengenal erti bahaya, manakala golongan dewasa lebih ramai yang terkena api dan kejutan elektrik terutamanya dikalangan lelaki kerana mereka lebih gemar mengendalikan aktiviti berbahaya,” katanya.

Siti Fatimah turut menasihati semua pesakit yang mengalami luka terbakar kecil atau besar tidak merawat luka sendiri bagi mengelakkan jangkitan dan memburukkan lagi luka bakar yang telah berlaku.

 Teks/Foto : Anawiah Abdul Aziz

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1517438
Hari IniHari Ini138
Minggu IniMinggu Ini548
Bulan IniBulan Ini1990

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 04 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.