ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

RADIOLOGI MAMPU KESAN KANSER PAYUDARA SECARA TEPAT DAN CEPAT


KOTA BHARU, KELANTAN, 14 Disember 2017 – Perkembangan teknologi terkini dalam bidang pengimejan atau radiologi, mampu mengesan kanser payudara secara cepat dan tepat jika dirawat pada peringkat awal.

Pengesanan awal amatlah penting bagi membolehkan perawatan diberikan secepat mungkin dan mengelakkan sel kanser merebak ke organ lain seperti hati dan paru-paru.

1bestari

Pensyarah Kanan Jabatan Radiologi merangkap Pengerusi Unit Kesedaran dan Penyelidikan Barah Payudara (BestARi) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Juhara Haron berkata, Jabatan Radiologi menyediakan perkhidmatan bermula dari peringkat pengesanan dan berterusan sehingga pesakit membuat rawatan susulan.

“Peranan kami dalam peringkat awal perawatan kanser payudara ialah membantu mengesan kehadiran kanser dan ia boleh dilakukan melalui beberapa cara antaranya pemeriksaan mamografi atau xray payudara, pemeriksaan 'ultrasound' (gelombang bunyi) dan pengimejan bermagnet (MRI).

“Mengikut Panduan Latihan Klinikal Perawatan Kanser Payudara Malaysia Edisi Kedua 2010, wanita yang berumur 50 hingga 74 tahun digalakkan menjalani pemeriksaan mamografi setiap selang setahun dan wanita yang berumur 40 hingga 49 tahun yang berisiko rendah untuk mendapat kanser tidak digalakkan menjalani saringan mamografi,” katanya ketika ditemubual di konti Radio Kelantan FM hari ini.

Menurut Juhara, tanda-tanda kanser payudara melalui pemeriksaan mamografi ialah ketulan (mass), kalsifikasi (deposit kalsium) atau keherotan susunan tisu payudara serta mamografi juga mampu mengesan tanda-tanda tersebut dengan tepat.

“Keupayaan mamografi untuk mengesan kehadiran ketulan bergantung kepada ketebalan tisu kelenjar susu dan tisu sokongan seseorang pesakit manakala bagi pesakit yang mempunyai tisu yang tebal (biasanya golongan muda) kemungkinan besar ketumbuhan yang bersaiz kecil akan tersorok.

“Antara gejala yang dialami oleh kebanyakan pesakit sebelum datang ke Jabatan Radiologi ialah benjolan pada payudara, keluar darah pada puting payudara, keadaan puting termasuk ke dalam dan kulit payudara mengeras atau rasa tidak selesa pada payudara,” jelasnya lagi.

Tambah Juhara, selain mamografi terdapat juga rawatan biopsi yang dijalankan secara harian tanpa perlu ditahan di wad.
"Prosedur ini akan dilakukan di bilik khas untuk mengambil sampel tisu dari ketulan berpandukan imej ultrasound di mana pergerakan jarum dan kedudukannya dapat dipastikan melalui imej ultrasound tersebut," ujarnya.

Juhara turut menyarankan kepada semua pihak terutamanya kaum hawa yang mempunyai ketulan pada payudara selepas melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP), jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor yang diiktiraf dan jangan membuat pilihan yang salah dengan berjumpa bomoh atau mendapatkan rawatan tradisional. 

Teks & Foto: Muhd Zulkifli Zakaria

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1515989
Hari IniHari Ini160
Minggu IniMinggu Ini1739
Bulan IniBulan Ini541

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 01 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.