ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

LEUKIMIA ANTARA 10 KANSER MERBAHAYA


9e0587c8 d42c 46a4 af2a 761f4c0aea63

USM KUBANG KERIAN, 4 Mac 2018 –Leukimia merupakan sejenis kanser darah yang menyerang sumsum tulang selain turut dikenali sebagai kanser darah putih yang merupakan salah satu daripada 10 penyakit kanser paling banyak dihidapi oleh penduduk Malaysia dan penyakit kanser tertinggi dihidapi oleh kanak – kanak.

Menurut  Pensyarah Kanan dan Pakar Hematologi, Jabatan Hematologi  Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Shafini Mohamed Yusoff, pergandaan sel kanser yang berlaku dengan cepat di sumsum tulang menyebabkan sel – sel darah yang normal berkurangan mengakibatkan penghidap kanser menjadi penat dan keletihan kerana kekurangan oksigen yang dibekalkan oleh paru – paru  untuk kegunaan sel-sel  badan. 

“Kekurangan sel – sel darah yang normal boleh menyebabkan beberapa gejala leukimia iaitu sel darah putih yang dikenali sebagai ‘leukosit’ berperanan penting dalam sistem kekebalan atau imun tubuh.

“Apabila sel darah putih yang normal berkurangan, pesakit akan mudah dijangkiti kuman yang boleh menyebabkan demam yang berlarutan,” ujarnya semasa mejadi tetamu di Rancangan Doktor Di Radio, baru-baru ini.

Shafini berkata, kekurangan  sel darah merah pula menyebabkan pesakit mengalami gejala anemia seperti lemah, lesu, pucat dan sesak nafas.  Manakala kekurangan sel platelet yang berfungsi untuk pembekuan darah pula boleh menyebabkan pendarahan mudah berlaku.

“Antara ciri-cirinya seperti terdapat bintik – bintik merah di bawah kulit, lebam - lebam, gusi berdarah, hidung berdarah dan keluar darah semasa membuang air kecil atau besar.

“Selain itu, pesakit juga boleh mengalami pembengkakan kelenjar perti di leher, ketiak atau pangkal paha serta juga pembengkakan hati dan limpa,” jelasnya lagi.

Tambah Shafini, orang ramai yang mempunyai tanda-tanda tersebut hendaklah segera mendapatkan rawatan untuk mengesahkan penyakit yang dihidapi.

“Untuk pengesahan penyakit ini, pemeriksaan darah dan sumsum tulang perlu dilakukan kerana rawatan penyakit leukimia bergantung kepada beberapa faktor seperti usia, tahap kesihatan, jenis leukimia yang dihidapi dan banyak lagi.

“Leukimia juga terbahagi kepada dua iaitu leukimia akut dan leukimia kronik. Leukimia akut ialah perkembangan sel leukimia yang tidak terkawal menyebabkan sel normal berkurangan dan pesakit perlu dirawat segera bagi mengelakkan kes kematian, manakala leukimia kronik pula ialah jenis leukimia yang berlaku secara perlahan dan tidak agresif, serta masih berpeluang untuk dirawat,” kata Shafini.

Menurut Shafini lagi, antara kaedah rawatan yang digunakan untuk penyakit ini ialah kimoterapi, terapi radiasi, terapi biologi dan terapi sel induk.

Teks / Foto : Abdul Aziz Latif

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1517406
Hari IniHari Ini106
Minggu IniMinggu Ini516
Bulan IniBulan Ini1958

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 04 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.