ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

FAKTOR MAKANAN BERI IMPAK NEGATIF TERHADAP PEMBENTUKAN KANSER PAYUDARA


USM KUBANG KERIAN, 22 November 2018 – Pada zaman kini kanser payudara boleh dikaitkan dengan pemakanan yang telah mengalami perubahan ke arah makanan segera, pengawetan, makanan berproses dan modifikasi makanan secara genetik termasuk juga penyakit kronik yang lain.

Pensyarah yang juga Pengerusi Unit Kesedaran dan Penyelidikan Barah Payudara, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Juhara Haron berkata, barah payudara merupakan pembunuh utama dalam kalangan wanita bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

1Kanserpayudara

“Kebiasaannya wanita yang berumur di antara 35 hingga 50 tahun lebih kerap mendapat kanser payudara dan sehingga kini pengkaji masih menjalankan pelbagai kajian untuk mencari faktor yang jelas penyebab kanser ini,” katanya ketika ditemubual semasa menjadi tetamu di rancangan Doktor Di Radio Kelantan FM, di sini.

Tambah Juhara, terdapat beberapa perkara yang turut berkait dengan risiko mendapat kanser payudara selain dari pemakanan iaitu sejarah kanser payudara dalam ahli keluarga, risiko meningkat selepas umur 40 tahun, pembawa mutasi genetik kanser BRCA satu dan dua, sejarah rawatan radiasi dan wanita yang mempunyai masalah kesuburan.

“Setiap orang dewasa akan mempunyai lebih kurang 100 trilion sel di mana setiap sel ini mempunyai fungsi yang tersendiri dan bagi mengekalkan fungsinya yang optimum, sel memerlukan makanan dan sumber nutrisinya yang terdapat dari makanan yang dimakan sama ada ia makanan berkhasiat atau tidak.

“Selain menghasilkan tenaga melalui proses metabolisme, antara fungsi penting sel ini ialah dalam proses pembaikan dan jika sel badan kita mengalami kerosakan sama ada semulajadi atau disebabkan pencemaran serta penggunaan bahan kimia, ia juga boleh menyebabkan mutasi DNA yang membawa kepada tercetusnya sel kanser,” jelasnya lagi.

Menurut Juhara, sekiranya pembaikan pada peringkat ini gagal dibendung disebabkan sel-sel badan yang lemah, maka sel kanser tersebut akan membesar sehingga mencetuskan gejala kanser.

"Terdapat dua cara pemakanan yang perlu dielak iaitu makanan berproses dan bergula kerana makanan berproses ialah makanan yang telah hilang keasliannya dari segi rupa, rasa serta baunya akibat aktiviti pemanasan melampau atau campuran kimia.

"Makanan bergula pula seperti gula pasir, gula perang, gula dalam makanan segera jika diambil secara berlebihan boleh mengganggu keharmonian fungsi hormon insulin dan jika diambil secara berterusan boleh menyebabkan kerintangan insulin yang akhirnya membawa kepada sindrom metabolik iaitu obesiti, darah tinggi, kolestrol tinggi dan kajian telah mengaitkan sindrom metabolik ini dengan kanser termasuklah kanser payudara," ujarnya.

Teks & Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1519580
Hari IniHari Ini382
Minggu IniMinggu Ini2690
Bulan IniBulan Ini4132

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 10 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.