ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+
  • Welcome Student
  • Covid19

SOKONGAN KEROHANIAN KEPADA PESAKIT TINGKATKAN SEMANGAT UNTUK SIHAT


KOTA BHARU, KELANTAN, 21 Februari 2019 – Setiap pesakit yang mengalami masalah kesihatan terutamanya yang terlantar di hospital memerlukan sokongan kerohanian dari individu terdekat bagi mendorong semangat mereka untuk melawan penyakit.

usatazah amira

Pegawai Hal Ehwal Islam, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Amira Abdul Sattar @ Ismail berkata, antara sokongan kerohanian yang boleh diberikan kepada pesakit adalah seperti melibatkan mereka dalam aktiviti kerohanian, sentiasa berkomunikasi dengan mereka, menunjukkan empati dan memberi galakan serta menyokong mereka ke arah kesejahteraan.

“Sokongan kerohanian tidak hanya tertumpu kepada pesakit sahaja tetapi secara spesifiknya ia juga menjurus kepada ahli keluarga pesakit terutamanya ibu bapa kerana mereka lebih memahami keadaan dan situasi pesakit itu sendiri.

“Di hospital, sokongan kerohanian ini juga turut melibatkan pengamal perubatan seperti doktor, jururawat dan ahli kesihatan lain kerana setiap kali mereka melakukan rawatan aura positif akan disalurkan kepada pesakit dan ini akan menambahkan kesejahteraan pesakit serta mempercepatkan proses penyembuhan,” katanya ketika ditemubual di konti radio Kelantan FM baru-baru ini.

Tambah Amira, Hospital USM juga  mempunyai satu unit khas di bawah Pusat Islam yang ditubuhkan untuk melaksanakan aktiviti sokongan kerohanian pesakit di dalam wad selain dari proses rawatan yang mereka terima.

“Bagi pesakit muslim, kami akan melihat kesediaan mereka untuk menerima teguran berkaitan cara solat, tayammum, berwudhuk mengikut kadar kemampuan mereka,” ujar beliau.

Teks & Foto : Muhd Zulkifli Zakaria

buletin kelip
icon sembang sihat
 lensa icon
icon hebahanemail
admission.jpg
side campusonline
side en staffemail
side en studentemail
side pohon
side onlineips
side erecruit
side karyausm
side ramadhan
e perundangan icon2
icon sppli
 

Talian Sokongan

icon keselamatan
icon dev
icon ppkt

Pengunjung

1517596
Hari IniHari Ini296
Minggu IniMinggu Ini706
Bulan IniBulan Ini2148

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 04 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.