Skip to main content

Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia

PESAKIT HOSPITAL USM KURANG BERKEMAMPUAN TERUS TERIMA SUMBANGAN YAYASAN UEM

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Jun 2023 – Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima sumbangan berjumlah RM500,000 daripada Yayasan UEM menerusi Program ‘YUEM Medical Assistance’ 2023 bagi menampung kos pembiayaan perubatan pesakit yang kurang berkemampuan khususnya pesakit kategori B40 dan golongan asnaf.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengarah Urusan UEM Group Berhad merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan UEM, Dato' Haji Mohd Izani Ghani kepada Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.46.53

Sumbangan berterusan daripada Yayasan UEM sejak tahun 2019 itu merupakan inisiatif terpuji rakan korporat dalam membantu pesakit yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan terbaik.

WhatsApp Image 2023 08 23 at 08.46.54

Turut hadir pada majlis penyampaian sumbangan tersebut ialah Timbalan Pengarah (Operasi) Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof dan Penyelaras Unit Pembangunan Korporat Hospital USM, Profesor Dato’ Dr. Ab Rahman Izaini Ghani @ Ab Ghani.

Sumber Laporan & Foto: Azizah Mohd Yasin

  • Created on .
  • Hits: 114