ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

CAKNA KESIHATAN: HOSPITAL USM DEKATI WARGA JKR KELANTAN


USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 20 Oktober 2022 – Bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan untuk lebih cakna terhadap tahap kesihatan diri, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pasukan Program Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Prihatin, Komuniti Sejahtera (KRIS) dan Pasukan Klinik Berhenti Merokok, Klinik Rawatan Keluarga mendekati warga Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan. 

SAVE 20221020 103732
 
SAVE 20221020 103710
Dalam program yang berlangsung semalam di Rumah Puspanita, JKR Negeri Kelantan, Hospital USM menyediakan pelbagai aktiviti antaranya pemeriksaan saringan kesihatan, ceramah kesihatan, kaunseling berhenti merokok serta pameran berkaitan bahaya rokok dan rokok elektronik. 
 SAVE 20221020 103719
 
Program Cakna Kesihatan JKR Negeri Kelantan ini telah disertai 110 kakitangan JKR yang mengambil peluang untuk membuat pemeriksaan tahap kesihatan mereka. 
 
SAVE 20221020 103704
 
Program sebegini dilihat antara medium yang tepat untuk meningkatkan kesedaran selain mengeratkan kolaborasi antara USM dan organisasi lain yang terlibat. 
 
Sumber Laporan / Foto: Dr. Norhayati Mohamad

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 06 Februari 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.