ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

RRM KERJASAMA STRATEGIK USM DAN KORPORAT UNTUK MANFAAT KELUARGA PESAKIT KANAK-KANAK B40


USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 9 Mac 2023 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, sempat meninjau Rumah Ronald McDonald (RRM) di Hospital USM dalam rangka lawatan kerja ke Kampus Kesihatan, semalam.

66d87bb7 1938 4f52 8441 db9d818b9d95

11c03221 100e 479d aeaa 987e36dc1610

Selain meninjau operasi RRM, Abdul Rahman turut meluangkan masa menyantuni dan makan tengah hari bersama keluarga pesakit yang sedang menginap di situ sementara menunggu anak-anak mereka menjalani rawatan di Hospital USM.

Rumah kebajikan khas untuk keluarga pesakit kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan di Hospital USM ini menyediakan 18 buah bilik penginapan kondusif yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para penghuni. Antaranya ialah ruang rehat, ruang makan, dapur lengkap dengan segala kemudahan memasak, bilik permainan, mesin basuh serta lain-lain.

49ff0a7e 67f9 4668 af8d 73dd73d68e44

39beeb5d 0b15 40ed 9986 5b0e72418945

Kerjasama strategik antara USM dan 'Ronald McDonald House Charities' (RMHC) Malaysia ini ternyata memberi impak yang sangat signifikan. Kos pembinaan yang ditanggung sepenuhnya oleh RMHC dan kos operasi dikongsi bersama antara kedua-dua pihak ternyata memberi kelegaan kepada keluarga pesakit, khususnya golongan B40.

Sejak memulakan operasi pada tahun 2019, RRM di Hospital USM telah memberi manfaat kepada lebih 3,000 penghuni dengan hanya mengenakan bayaran sebanyak RM5 sehari kepada keluarga pesakit yang menginap di rumah berkenaan.

b2b0d6f5 a5d0 4a87 ad9a c8e8031d277e

704aea41 faea 430d 9b97 8736e9ab7909

Turut hadir semasa kunjungan singkat ini ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab. Rahman; Timbalan-timbalan Pengarah Hospital USM, Timbalan Dekan (Libatsama Industri - Komuniti dan Pembangunan), Pusat Pengajian Sains Perubatan, Profesor Dr. Wan Hazabbah Wan Hitam dan Pengurus RRM, Nurul Wahida Harun.

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 01 Jun 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.