USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 15 Mac 2023 - Tengku Puan Temenggong Kelantan, Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajah Noor Hayati Binti Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersama anakandanya, Yang Mulia Tengku Yahya Aziz Petra Bin Tengku Mohamad Rizam menyantuni pesakit di Wad 3 Utara dan 7 Utara, Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), hari ini.


Dalam sesi lawatan tersebut, Tengku Puan Temenggong Kelantan yang juga Pengasas Yayasan Noor Al-Syakur (YANAS) beramah mesra bersama pesakit dan keluarga serta berkenan mengurniakan sumbangan kepada para pesakit selain turut diberi penerangan dan penjelasan mengenai keadaan semasa pesakit oleh pakar-pakar yang merawat.



Turut mengiringi Tengku Puan Temenggong Kelantan ialah Timbalan Pengarah (Operasi), Hospital USM, Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Ketua Jabatan Surgeri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), USM, Dr. Maya Mazuwin Yahya; Pensyarah Perubatan yang juga Pakar Surgeri, Dr. Wan Zainira Wan Zain; Ketua Penyelia Jururawat, Wan Marina Wan Sulaiman, Penyelia-penyelia Jururawat serta Ketua- ketua Jururawat Wad Surgeri dan Perubatan, Hospital USM.