ms fb   ms ig   ms yt   ms twt  ms tt  ms tele

A- A A+

DANA KERAJAAN JEPUN DAN KEPAKARAN USM FOKUS PEMERKASAAN OKU


PENGKALAN CHEPA, KELANTAN, 8 Mac 2023 – Pusat Latihan Pekerjaan Orang Kurang Upaya (OKU) Masalah Pembelajaran telah ditubuhkan di Rumah Sri Kenangan (RSK), Taman Kemumin pada tahun 2019.
 
Pusat ini merupakan kolaborasi antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan, Unit Transformasi OKU, Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Koperasi Cakna OKU Kelantan bertujuan memberi bimbingan dan latihan kepada golongan OKU sehingga mereka berkeyakinan dan boleh berdikari serta dapat membina kerjaya dalam bidang pertanian atau perniagaan.
 
IMG 20230308 WA0016
 
Selaras dengan tujuan tersebut, kerajaan Jepun telah bersetuju menyumbang bantuan Geran Jepun untuk Projek Keselamatan Manusia Akar Umbi (GGP) 2021 kepada Koperasi Cakna OKU Kelantan melalui geran berjumlah RM295,624.99 bagi pembinaan infrastruktur projek pertanian bersepadu.
 
IMG 20230308 WA0021
 
IMG 20230308 WA0024
 
Majlis Penyerahan Tapak Projek Pertanian Bersepadu OKU Masalah Pembelajaran telah disempurnakan oleh Konsul Jeneral Jepun, Kawaguchi Yoshiyasu kepada Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, hari ini.
 
IMG 20230308 WA0023
 
Yoshiyasu dalam ucapannya berkata, kerajaan Jepun berbangga dan berbesar hati untuk mengeluarkan geran kepada badan bukan kerajaan (NGO) tempatan bagi membantu meneruskan kelangsungan hidup golongan OKU.
 
IMG 20230308 WA0019
 
“Pemberian geran ini menandakan sumbangan bermakna oleh kerajaan Jepun kepada rakyat Malaysia terutama bagi golongan OKU.
 
“GGP adalah skim bantuan kewangan di bawah Kementerian Luar Jepun bagi projek-projek khusus untuk memenuhi keperluan asas dan keselamatan manusia di negara-negara membangun,” katanya.
 
IMG 20230308 WA0017
 
Sementara itu, Abdul Rahman pula berkata, USM berterima kasih kepada kerajaan Jepun atas sumbangan geran tersebut dan penghargaan kepada JKM kerana memberi sokongan padu serta kebenaran untuk menggunakan tapak RSK bagi menjalankan projek tersebut.
 
“Saya percaya kerjasama strategik ini akan menjadi model perkhidmatan dan rujukan pihak lain tentang cara bekerjasama dengan agensi kerajaan luar untuk menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan sasar dalam usaha memperkasa golongan OKU.
 
IMG 20230308 WA0026
 
“Pemerkasaan OKU merupakan salah satu fokus USM di bawah agenda 'Accelerated Program for Excellence' (APEX). Adalah menjadi aspirasi USM untuk menghasilkan program pemerkasaan OKU selaras dengan moto ‘Mentransformasi Orang Kurang Upaya daripada Liabiliti kepada Produktiviti’,” katanya.
 
IMG 20230308 WA0022
 
Tambah Abdul Rahman, projek pemerkasaan ini juga sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama Negara 2030 iaitu mengurangkan jurang pendapatan dalam kalangan OKU.
 
“Saya berharap kerajaan Jepun akan terus memberi sokongan kepada kami dalam apa jua cara demi meningkatkan taraf kehidupan OKU di Malaysia,” ujarnya lagi.
 
IMG 20230308 WA0020
 
IMG 20230308 WA0025
 
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, Said Sidup, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kelantan, Zainudin Mohamed, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), PPSK, Profesor Madya Dr. Ahmad Fahmi Lim Abdullah dan Penyelaras Pusat Transformasi OKU, USM – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang juga Ketua Projek Pertanian Bersepadu OKU Masalah Pembelajaran, Dr. Mohd Zulkifli Abdul Rahim.
 
Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Muhammad Sham Mustapha

Hubungi Kami

Pusat Media Dan Perhubungan Awam
Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia,
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel. : +609-7673000
Faks : +609-7671060

Pautan Kerajaan

 
 

Penafian

Universiti Sains Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Keselamatan Dan Dasar Privasi

  • Kemaskini: 31 Mei 2023.

 

© 2019 Pusat Media Dan Perhubungan Awam. Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan. Hak Cipta Terpelihara.