Skip to main content

Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan

NC SERU WARGA USM PERBAIKI DIRI KE ARAH LEBIH BAIK SEMPENA RAMADAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 18 Mac 2024 - Naib Canselor (NC) Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed mengajak warga Kampus Kesihatan USM untuk menjadi lebih baik berbanding tahun sebelumnya dari segi melakukan ibadah khusus dan ibadah umum termasuk cara bekerja.

c50b6cdc 09cb 4649 9d4c 83c55034c422

Menurutnya, puasa bukan alasan untuk melengah-lengahkan kerja atau tanggungjawab kita di tempat kerja.

”Rasulullah SAW dan para sahabat sentiasa menunjukkan disiplin yang baik dalam pekerjaan harian dan juga dakwah mereka termasuk terlibat dalam beberapa peperangan yang berjaya menewaskan musuh dalam bulan Ramadan,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Iftar Perdana Naib Canselor bersama Warga Kampus Kesihatan, semalam.

2fa3cf2b 2180 4b74 8e11 e3eba20991ea

2c0f15fb 341b 4b9a 9919 e0d6cfe71fac

Abdul Rahman turut menyeru warga Kampus Kesihatan untuk sama-sama membantu menjayakan aktiviti Ihya’ Ramadan tahun ini termasuk menyumbang kepada Tabung Aktiviti Ihya’ Ramadan.

“Setiap tahun Kampus Kesihatan USM melalui Pusat Islam mengadakan pelbagai aktiviti Ihya’ Ramadan bagi memakmurkan warga Kampus Kesihatan dan juga komuniti sekitar.

6e45815c 7d73 4d24 a62e 545351551b64

97a3192e b514 4e2f af91 29ac563b1997

“Antara aktiviti yang dijalankan termasuk memasak juadah berbuka puasa pada setiap hari secara bergotong-royong untuk 500 hingga 700 orang terdiri daripada pelajar, staf dan ahli kariah.

“Sesungguhnya menderma dan membantu menyediakan makanan kepada orang yang berpuasa amat besar pahalanya di sisi Allah SWT,” jelasnya lagi.

20b70911 3fb6 4551 b5d4 3f98ae5797ae

12dd88fc ce73 4b2c 9b3f ec00d5fdd615

903cd01d 17ea 4a03 a439 a321aa83b3f2

60789c31 6b10 4516 9991 f9df58f665da

Dalam majlis yang sama turut berlangsung beberapa penyampaian sumbangan iaitu bantuan sara hidup pelajar, bantuan persekolahan anak staf dan kariah, bantuan kit maidaturrahman staf dan kariah, sumbangan ke Tabung Aktiviti Ihya’ Ramadan Kampus Kesihatan USM, sumbangan kepada Pelajar Palestin dan sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Al-Kausar serta Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan (PEKA YATIM) Desa Kujid.

b00ba9f9 59e4 407c ac63 cbb5de51be75

 

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail; Pengarah Pusat Perancangan Institusi dan Strategik, Profesor Dr. Asrul Akmal Shafie; Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak; Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul (INFORMM), Profesor Madya Dr. Aziah Ismail; Pengarah Eksekutif dan Ketua Kumpulan Perubatan Usains Healthcare Sdn. Bhd., Profesor Dato’ Dr. Ahmad Sukari Halim; Pengurus Bank Muamalat Malaysia Berhad Wilayah Pantai Timur, Wan Haizul Wan Zain dan ketua-ketua jabatan Kampus Kesihatan.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Hits: 213