Skip to main content

Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan

BAKUL KASIH RAMADAN TANDA KEBERSAMAAN DAN CAKNA MASYARAKAT

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 April 2024 - Kebajikan golongan kurang berkemampuan khususnya asnaf terus terbela apabila banyak pihak tampil menghulurkan bantuan.

IMG 20240403 WA0018

Ekoran daripada itu, Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) Universiti Sains Malaysia (USM) tidak ketinggalan menyantuni golongan asnaf bersama sumbangan bakul kasih Ramadan bagi mengurangkan beban mereka sepanjang menjalani ibadah puasa.

IMG 20240403 WA0016

Program Bakul Kasih Ramadan 2024 anjuran PPKT Kampus Kesihatan ini memberi manfaat kepada 70 orang asnaf terpilih sekitar Pasir Mas, Wakaf Baharu, Tumpat, Pengkalan Chepa, Machang, Tanah Merah dan Kota Bharu.

IMG 20240403 WA0019

Program ini diharap menjadi salah satu momentum keprihatinan yang berterusan umat Islam khususnya warga USM dalam menghulurkan sumbangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung golongan kurang bernasib baik.

IMG 20240403 WA0017

Usaha sebegini juga akan menyuburkan nilai murni serta meningkatkan lagi penghayatan bulan Ramadan al-Mubarak dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sumber Laporan dan Foto: Marini Zainon

  • Hits: 151