Skip to main content

Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan

EKUITI PEMBANGUNAN MALAYSIA MADANI: PRIHATIN KERAJAAN DALAM TRANSFORMASI EKOSISTEM PENDIDIKAN

SEPANG, SELANGOR, 16 November 2023 - Sistem pendidikan di seluruh dunia sedang menuju ke arah era pasca pandemik dan isu global kini adalah kebimbangan dalam memastikan peluang pembelajaran yang inklusif.

IMG 20231116 WA0025

Ekosistem pendidikan tinggi telah dibentuk semula serta diperbaharui selaras dengan sosioekonomi dan aspirasi pembangunan kerajaan dengan merapatkan jurang antara pelajar orang asli dan pelajar luar bandar yang kurang bernasib baik dalam pengajian tinggi.

IMG 20231116 WA0026

Transformasi pendidikan tinggi boleh menjadi satu proses berterusan dengan menekankan lima (5) aspirasi iaitu kebolehcapaian, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan terhadap perubahan landskap pendidikan.

IMG 20231116 WA0032

IMG 20231116 WA0033

IMG 20231116 WA0027

Pembelajaran yang lebih relevan boleh disesuaikan dengan lebih berkesan dan menyumbang dalam meningkatkan penambahbaikan kemahiran serta pengetahuan untuk mencapai kejayaan dalam dunia yang berkembang pesat.

IMG 20231116 WA0034

IMG 20231116 WA0028

Hadir penyampaian ucaptama berkait perkara ini ialah Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato' Ramli Mohd Nor dalam 'Global Higher Education Forum' (GHEF) 2023.

  • Hits: 254