Skip to main content

Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan

HARI BUMI: HOSPITAL USM SAHUT SERUAN LINDUNGI ALAM SEKITAR

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 22 April 2024 – Hari Bumi merupakan acara tahunan yang disambut oleh seluruh dunia pada 22 April setiap tahun bagi menunjukkan sokongan terhadap perlindungan alam sekitar.

Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Jawatankuasa Kelestarian Hospital USM tidak ketinggalan memberi sokongan kepada Hari Bumi 2024 dengan mengadakan Sambutan Hari Bumi Peringkat Hospital USM 2024, hari ini.

IMG 20240422 WA0021

IMG 20240422 WA0022

Sempena sambutan tersebut, penjenamaan semula nama taman mini yang terdapat di Hospital USM iaitu Taman Rufaida telah diberikan nama baharu yang kini dikenali sebagai Laman Lestari. Ia merupakan taman mini yang ditambah baik bagi memastikan persekitaran hospital dijaga rapi untuk dimanfaatkan oleh pelawat dan staf Hospital USM.

IMG 20240422 WA0019

IMG 20240422 WA0018

Turut berlangsung ialah Pelancaran Tong Sampah Kitar Semula di mana Hospital USM akan mula meletakkan tong berkenaan di beberapa tempat yang telah dikenal pasti bagi menggalakkan orang ramai mengitar semula sampah.

IMG 20240422 WA0023

IMG 20240422 WA0020

Sambutan Hari Bumi ini disempurnakan dengan gimik penanaman pokok oleh Pengarah Hospital USM, Dato’ Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman dan barisan kepimpinan Hospital USM.

IMG 20240422 WA0017

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah (Insfrastruktur dan Aset) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kelestarian Hospital USM, Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud; Timbalan Pengarah Sistem Pengurusan Hospital, Dr. Ariffin Marzuki; Penyelaras Jawatankuasa Kelestarian Hospital USM, Dr. Mohd Amran Ab Wahab dan ketua-ketua jabatan serta unit Hospital USM.

Teks: Wan Nor Azlin Wan Azlan/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Hits: 135