Skip to main content

Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan

KEPELBAGAIAN KEPAKARAN PERUBATAN KESIHATAN AWAM DITERJEMAHKAN OLEH TIGA PROFESOR SEMPENA SYARAHAN UMUM

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 24 April 2024 – Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Jabatan Perubatan Masyarakat (JPM), hari ini telah menganjurkan Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor dan Perkongsian Ilmu oleh tiga (3) orang profesor yang merupakan Pakar Perubatan Kesihatan Awam.

WhatsApp Image 2024 04 24 at 16.45.35

Profesor Dr. Aziah Daud menyampaikan syarahan bertajuk ‘Penyakit Kencing Tikus Leptospirosis - Membongkar Mitos dan Kebenaran Fakta’, Profesor Dr. Kamarul Imran Musa mengetengahkan kepakaran beliau menerusi syarahan bertajuk ‘Memahami dan Meramalkan Penyakit: Kuasa Pemodelan dalam Kesihatan Awam’ manakala Profesor Dr. Mohamed Rusli Abdullah mengulas dan berkongsi ilmu berkenaan persediaan untuk ‘Berjalan ke dalam Kubur’.

WhatsApp Image 2024 04 24 at 16.45.36 2

WhatsApp Image 2024 04 24 at 16.45.36 1

Ketiga-tiga profesor ini merupakan antara nama besar di pusat pengajian dan sangat giat menyumbang bakti untuk memastikan kelangsungan hal ehwal akademik di PPSP terus berkembang dengan pesat serta mampan.

WhatsApp Image 2024 04 24 at 16.45.35 1

WhatsApp Image 2024 04 24 at 16.45.36

WhatsApp Image 2024 04 24 at 16.45.37

Syarahan Umum Pelantikan Profesor adalah satu program akademik rasmi universiti khusus berkaitan pemasyhuran ketokohan seorang ahli akademik yang dilantik sebagai profesor penuh.

WhatsApp Image 2024 04 24 at 16.45.37 1

WhatsApp Image 2024 04 24 at 16.45.38 1

Hadir menyaksikan syarahan umum pada kali ini ialah Dekan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak; Pengarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekul, Profesor Madya Dr. Aziah Ismail dan Dekan PPSP merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor, Profesor Dr. Abdul Razak Sulaiman.

Teks: Nik Sheila Erini Che Mat Kamel / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Hits: 107