Skip to main content

Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan

MERIAH DAN PENUH ERTI - NAIB CANSELOR SERTA PENGURUSAN TERTINGGI RAI WARGA KAMPUS KESIHATAN USM SEMPENA AIDILFITRI

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 April 2024- Berwarna-warni, meriah dan penuh erti. Itulah ungkapan yang menggambarkan suasana sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) 2024/ 1445H yang berlangsung di Dewan Utama, hari ini.

IMG 20240428 WA0024

IMG 20240428 WA0016

IMG 20240428 WA0017

Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed serta barisan pengurusan tertinggi universiti dan ketua-ketua jabatan Kampus Kesihatan menyantuni warga USM dalam suasana penuh kekeluargaan.

Meneruskan tradisi sambutan Aidilfitri di USM, sambutan kali ini disertai oleh sebahagian besar pusat tanggungjawab (PTJ) Kampus Kesihatan yang menghidangkan pelbagai juadah raya di reruai masing-masing.

IMG 20240428 WA0014

IMG 20240428 WA0011

IMG 20240428 WA0012

Sinonim dengan sambutan raya, reruai dihias dengan tema 'Floria Aidilfitri' dan majlis turut diisi dengan pelbagai persembahan khususnya lagu-lagu hari raya.

IMG 20240428 WA0013

IMG 20240428 WA0015

IMG 20240428 WA0018

Selain staf pelbagai lapisan, majlis turut dihadiri oleh pelajar pelbagai latar belakang kaum dan agama serta tidak terkecuali pelajar antarabangsa.

IMG 20240428 WA0021

IMG 20240428 WA0020

IMG 20240428 WA0019

Naib Canselor berbangga tradisi menyantuni warga USM sempena Aidilfitri ini diteruskan sehingga kini dan merakamkan ucapan penghargaan serta terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakannya.

Teks: Amyrulhan Azhari/ Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Hits: 282