Skip to main content

Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan

MPDMN RAIKAN ANAK YATIM MELALUI PROGRAM ‘MN LOVE AND CARE’

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 April 2024 – Majlis Penghuni Desasiswa Murni Nurani(MPDMN), Universiti Sains Malaysia (USM) mengambil inisiatif menyantuni anak yatim Pusat Jagaan Kesayangan Mumtahanah sempena program ‘MN Love and Care’: Raikan Anak Yatim (RAYa) pada 2 April lalu.

IMG 20240404 WA0010

Program dengan kerjasama Pusat Islam, Kampus Kesihatan USM, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Zafa Network Enterprise, Eehan Sdn. Bhd. dan Prima Gold and Jewel itu bertujuan meraikan, menunjuk tanda keprihatinan dan berkongsi kasih sayang dengan golongan yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim.

IMG 20240404 WA0009

Seramai 20 orang anak yatim menerima sumbangan duit, baju dan kelengkapan raya serta sumbangan cek berjumlah RM1,500 turut disampaikan kepada pihak pengurusan pusat jagaan tersebut bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.

IMG 20240404 WA0012

IMG 20240404 WA0011

Selain itu, program ini juga menerapkan konsep HEBAT kepada mahasiswa melalui elemen ‘Balance’ dan ‘Thinking’. Siswa siswi diajar untuk berfikir dengan baik dan mengamalkan pemikiran kritis dan intelektual yang membolehkan mereka memahami keperluan orang lain dengan lebih baik dan merancang bantuan yang sesuai.

Sumber Laporan & Foto: Anis Zulfahanim Zahari dan Asheef Barkhia Yahya

  • Hits: 90