Skip to main content

Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan

QARIAH DESASISWA MURNI NURANI JOHAN TILAWAH AL-QURAN FMQ 2024

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 3 April 2024 – Mahasiswa tahun tiga (3) program Doktor Perubatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Fatiha Aina Umaira Sulaiman, 22 yang mewakili Desasiswa Murni Nurani diumumkan sebagai johan Tilawah al-Quran kategori perempuan (P) menewaskan peserta dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam Festival Musabaqah al-Quran (FMQ) 2024 yang berlangsung pada 28 hingga 30 Mac lalu.

IMG 20240403 WA0008

Selain itu, Desasiswa Murni Nurani turut merangkul Naib Johan Syarahan Agama kategori Lelaki dan Perempuan (L&P) menerusi Wan Muhammad Fahmi Wan Nazri dan Ain Sakinah Haniff, Naib Johan Hafazan kategori (P) menerusi Ku Nur Ibtisam Ku Ahmad Munauwir dan Naib Johan Penulisan Khat (terbuka) yang diwakili Nurul Syuhaida Borhanuddin.

IMG 20240403 WA0007

Festival yang diadakan di Kampus Induk USM, Pulau Pinang itu bertujuan membentuk mahasiswa yang berakhlak mulia, membangunkan sahsiah pelajar serta melahirkan pelajar yang mampu menyeimbangkan pelajaran dan tuntutan agama dengan mendalami ilmu dunia dan akhirat.

IMG 20240403 WA0009

FMQ 2024 yang bertemakan ‘Kalamullah Jalan Generasi Rabbani’ anjuran Desasiswa Indah Kembara USM mempertandingkan acara seperti tilawah al-Quran, hafazan, syarahan agama, penulisan khat dan azan.

Sumber Laporan & Foto: Lakshmy Baskaran

  • Hits: 79