Skip to main content

Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan

STAMS: SISTEM SOKONGAN PERCEPAT PROSES PENYELIDIKAN, PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

USM, KUBANG KERIAN, KELANTAN, 28 April 2024 – Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Jawatankuasa Muafakat Makmal Sains Kampus Kesihatan, hari ini telah melancarkan Sistem Tempahan Alatan Makmal Sains (STAMS) sebagai wadah asas perkongsian maklumat peralatan dan kemudahan bagi kegunaan penyelidikan di semua pusat tanggungjawab (PTJ) di Kampus Kesihatan.

IMG 20240428 WA0007

Sistem ini merupakan antara bukti kerjasama rentas PTJ yang memberi hasil bukan sahaja kepada penyelidik malah ia juga membantu memberi gambaran kasar kepada universiti berkait keupayaan yang ada serta menyediakan maklumat secara tidak langsung untuk perancangan penjimatan bagi mengelak pembaziran.

IMG 20240428 WA0006

Selain menjadi fokus utama untuk tujuan penyelidikan, sistem ini juga membantu memberi maklumat bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dengan penggunaan secara bermusim atau berjadual agar alatan yang ada dapat digunakan seoptimum mungkin.

IMG 20240428 WA0004

Dengan adanya tempahan peralatan secara dalam talian dan perkongsian penggunaan alatan ini, penyelidik dapat membudayakan penyelidikan merentas disiplin dan meningkatkan kapasiti selain memberi impak yang besar kepada hasil penyelidikan.

IMG 20240428 WA0005

IMG 20240428 WA0008

Pelancaran STAMS telah disempurnakan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni merangkap Penasihat Jawatankuasa Muafakat Makmal Sains Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Shaharum Shamsuddin; Pengarah Kampus, Kampus Kesihatan USM, Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail serta pengurusan tertinggi Kampus Kesihatan.

Teks: Marlina Zahari / Foto: Abdul Hasib Abdul Rahman

  • Hits: 141