Skip to main content

Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan

SUBURKAN NILAI KEBERSAMAAN DI PAGI SYAWAL

USM KUBANG KERIAN, KELANTAN, 10 April 2024 – Lazimnya suasana di pagi hari raya disambut dengan tradisi salam bersalaman dan ziarah menziarahi sesama ahli keluarga. Namun, sebahagian petugas di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) terpaksa mengenepikan semua itu buat sementara waktu demi memikul tanggungjawab dan amanah yang diberikan semasa pagi Syawal.

IMG 20240410 WA0177

IMG 20240410 WA0173

 

Menyedari pengorbanan mereka, pengurusan Hospital USM meraikan para petugas dengan pelbagai juadah lazat yang sinonim dengan hari raya.

IMG 20240410 WA0176

IMG 20240410 WA0179

Walaupun diadakan dengan penuh kesederhanaan, namun kemeriahan tetap dirasai memandangkan ia menjadi platfom untuk petugas daripada pelbagai jabatan berkumpul bagi mengeratkan silaturahim di samping menyuburkan nilai kebersamaan dalam konteks keluarga USM.

IMG 20240410 WA0174

IMG 20240410 WA0175

Hadir menyantuni petugas kesihatan dan pesakit di wad ialah Pengarah Hospital USM, Dato' Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Ab Rahman dan isteri; Timbalan Pengarah (Operasi), Profesor Dr. Mohd Imran Yusof; Timbalan Pengarah (Infrastruktur dan Aset ), Dr. Mohamed Ashraf Mohamed Daud; Timbalan Pengarah (Sistem Pengurusan Hospital), Dr. Ariffin Marzuki Mokhtar dan pengurusan kejururawatan.

Teks: Mohamad Iqbal Bashah Ahmad Basha Ruddin / Foto: Sakinah Mohamad

  • Hits: 74